Isu pelanggaran standard operasi standard (SOP) begitu hangat diperkatakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK:3 Bukti Zarina Anjoulie Ditahan Polis Kerana Ambil Dadah Yang Dibongkarkan Oleh Netizen
Dakwa Anak Jutawan Langgar SOP
Malah segala kemaskini di platform media sosial oleh selebriti dan individu ternama sentiasa diperhatikan oleh netizen sehingga tularnya hantaran mereka. Terbaru,menerusi kiriman mesej netizen di laman Twitter kepada seorang pengamal media sosial, mendakwa anak kepada seorang jutawan ternama telah melanggar SOP kerana dilihat memuatnaik hantaran foto gambarnya bercuti di sebuah pulau peranginan.
Jelas netizen tersebut, biarpun individu itu yang juga seorang usahawan telah memaklumkan bahawa foto tersebut adalah foto lama dan dimuatnaik semula, namun saiz fizikal anaknya itu dilihat sama seperti foto terbaharu.
Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen
Menjengah ke ruangan komen hantaran di laman Instagram, segelintir netizen mula bertindak mengecamnya berikutan dakwaan yang hangat diperkatakan di laman Twitter.
Biarpun begitu, ada diantara mereka bertindak mempertahankan perkongsian tersebut dengan bertegas ia merupakan foto lama selain turut beranggapan dia ke sana atas tuntutan kerja.
Kredit -
إرسال تعليق