Patutlah Rasa Meremang Semacam! Rupanya 5 Lagu Ini Ada Kisah Seramnya
loading...

Pernah tak kamu berasa seram sejuk dan takut selepas mendengar lagu? Jika lihat liriknya pula, rupanya lagu tersebut mempunyai kisah yang seram bagi menciptakan aura mistik ketika mendengar.

Patutlah Rasa Meremang Semacam! Rupanya 5 Lagu Ini Ada Kisah Seramnya

 


Nak tahu lagu manakah yang seram? Cuba semak 5 lagu di bawah, mungkin salah satunya kamu pernah dengar.

ARTIKEL MENARIK:“Aku Dah Benak Duduk Rumah Sampai Bila Tah”- Shukri Yahaya
loading...


Asereje 

Lagu ini memang cukup popular! Walaupun nampak catchy dan fun, tetapi ada yang mengatakan lagu ini bertujuan untuk menyembah syaitan. Walaupun ramai yang mengatakan lagu ini berbahasa Sepanyol, tetapi orang Sepanyol sendiri tidak memahaminya kerana lirik lagu ini tidak mengandungi bahasa tersebut.

Malah ada yang mengatakan lagu “Asereje” ini berkisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Diego. Mempunyai rupa yang tampan, Diego merupakan kod nama bagi syaitan. Sementara itu, ada yang mengaitkan dengan Lucifer, iaitu iblis yang cantik, pakar muzik dan pandai menari.

Reverse  

Lagu “Reverse” milik Karl Mayer ini dikatakan paling menakutkan apabila terjadi beberapa perkara pelik seperti:

  • Telinga berasa sakit
  • Alami migrain
  • Liriknya sering bermain-main dalam fikiran
  • Menjadi paranoid
  • Boleh menjadi gila

Walaupun ada pelbagai sumber, tetapi kebanyakannya memberitahu segelintir besar pendengar lagu ini berupaya mengalami kesan yang sama seperti di atas.

Nina Bobo 

Lagu ini dicipta oleh ibu Nina sebaik sahaja Nina sembuh daripada dirasuk syaitan. Setelah berbulan-bulan dirasuk, Nina yang sembuh meminta ibunya untuk menyanyikan sebuah lagu bagi membantunya tidur.

Sejak daripada itu, Nina tidak pernah bangun dari tidurnya. Ada yang mengatakan sesiapa yang menyanyikan lagu ini kepada anaknya, Nina akan datang melindungi anak tersebut daripada gangguan makhluk halus.



loading...


Lingsir Wengi

Dinyanyikan oleh Nurhana, kesemua lirik lagu ini ditulis dalam bahasa Jawa. Walaupun ramai yang tidak tahu maksudnya, tetapi masyarakat Jawa mengatakan ia adalah ritual untuk memanggil kuntilanak.

Malah lagu ini juga digunakan dalam sebuah filem “Kuntilanak”, iaitu bertujuan untuk memanggil kuntilanak.

Gloomy Sunday 

Ditulis oleh Lazzo Javor pada tahun 1935, lagu “Gloomy Sunday” ini menjadi hit selepas dinyanyikan oleh Rezsoe Seres. Pada awalnya, lagu ini digubah untuk kekasih Lazzo tetapi sebaik sahaja dilancarkan, kekasihnya membunuh diri dan meninggalkan nota yang bertuliskan “Gloomy Sunday“.

Sejak daripada itu, kadar kematian seperti membunuh diri meningkat tinggi selepas lagu ini dilancarkan. Akhirnya lagu ini berhenti dimainkan dan Rezsoe Seres membunuh diri dengan melompat dari sebuah bangunan.

Sama ada mistik atau tidak, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Jika kamu tidak mempercayainya, cuba dengar dan kongsi dengan Murai.my.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post