loading...
Sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi telah mengumumkan bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat. Antara yang menarik perhatian dan paling diharapkan rakyat adalah pemberian moratorium secara automatik.
Dalam pengumuman itu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama enam bulan kepada semua peminjam tanpa syarat membabitkan golongan B40, M40, T20 dan usahawan mikro.
ARTIKEL MENARIK:Selepas MuhyiddinYassin UmumICitra, KWSP Tampil Berltahu ApaYang Perlv DlbuatNanti
loading...
Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. – Katanya.
loading...
Oleh itu, semua peminjam boleh melakukan permohonan pada 7 Julai ini dan akan diluluskan secara automatik selama enam bulan.
Kredit: Harian Metro via Oh! Media
loading...
إرسال تعليق