Rider tidak dibenarkan hantar makanan terus kepada pelanggan. Boleh dikenakan kompaun pula sekiranya ingkar.
loading...

Ketika musim pandemik ni, ramai orang hanya bergantung kepada penghantar makanan untuk mendapatkan bekalan kerana tak mahu risikokan diri keluar dari rumah. 

Rider tidak dibenarkan hantar makanan terus kepada pelanggan. Boleh dikenakan kompaun pula sekiranya ingkar.

 


Bagi mengurangkan risiko jangkitan, pihak pengurusan strata telah melarang penghantar barang atau makanan untuk bertemu secara terus dengan penghuni bangunan.

ARTIKEL MENARIK:Sultan Johor: Tak perlu ragu vaksin Covid-19
loading...


Sebaliknya, Selangor Kini melaporkan Ketua Unit Penguatkuasa Cawangan Pengurusan Strata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta agar pihak pengurusan bangunan menyediakan tempat khas untuk meletak barangan pesanan tersebut. Inspektor Mohammad Izzat Hassan berkata tindakan kompaun boleh dikenakan sekiranya ada pihak yang mengingkari peraturan.


Jika mereka membenarkan penghantar terbabit atau pelawat masuk kediaman penghuni, tindakan kompaun boleh dikenakan kerana melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Selain memastikan keselamatan semua, kita juga mahu mengekang wabak Covid-19 daripada menular. Tiada lagi kompromi dan tindakan akan diambil jika ada yang mengingkari peraturan.” Tak cukup dengan itu, Mohammad Izzat turut berkata sistem keselamatan pihak strata kini dilihat semakin lemah dan perlu diperketatkan.



loading...


Sepanjang pelaksanaan operasi, kita dapati ada pengurusan melakukan kesalahan am iaitu tidak menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk, tidak imbas suhu malah ada yang tidak imbas kod MySejahtera. “Setakat ini, kita hanya memberi amaran namun sekiranya didapati kesalahan sama berulang tindakan akan diambil.”

Untuk pengetahuan korang, ‘Strata’ merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah. Contohnya seperti rumah flat, pangsapuri, apartment, kondominium, townhouse, dan rumah-rumah dalam skim berpagar dan berpengawal. Pun begitu, beberapa warganet telah meluahkan rasa tak setuju mereka dengan peraturan ini dan menganggap ia lebih mendedahkan mereka dengan risiko jangkitan.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post