Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menerusi laman Instagram mengejutkan pengikut nya dengan memadam semua hantaran terdahulu.
Rizalman Titip Pesanan
ARTIKEL MENARIK:Didakwa Berjangkit Kerana Bercuti, BCL Jelas Sebab Sebenar Positif COVID-19
Bagaimanapun, beberapa hantaran terbaharu dikongsi olehnya dengan memberi bayangan bahawa dia kini ingin berubah malah kemaskini itu juga tertera namanya sebagai Hj Rizalman bin Hj Ibrahim beserta gambar profil.
Dalam hantaran itu, Rizalman berpesan kepada pengikutnya untuk tidak meratapi perubahan yang dibuat malah dia menggalakkan mereka untuk berhenti mengikuti perkembangannya sekiranya terus bersikap demikian.
Akui Kesilapan
Meninjau perkongsian di Insta-story, Rizalman akui kesilapan yang lalu membuatkan dirinya terus berubah dan turut berkata tiada lagi perkongsian seperti dahulu akan dibuat di akaun media sosialnya.
“Selain dari kesilapan aku, terimalah ‘peralihan’ ini sebahagian dari sebab hangpa (anda) sendiri yang ‘rakus’ kepada hawa nafsu pancaindera dunia!”
“Hidayah Allah tidak hanya datang menerusi aku semata-mata, tetapi setiap pelusuk bumi. Jaga tauhid kita sekalian”
“Tujuan aku baca dm sebab aku takut ada di dalamnya yang terkandung hidayah Allah yang mungkin aku akan terlepas. Jadi kalau dm yang berbunyi rayuan dan kemanjaan yang berlebihan, maaf sila tinggalkan ‘panggung’ ini kerana buat masa ini tiada sebarang ‘tayangan'” tulis Rizalman di Insta-story
Pada pagi Rabu, Murai.my melaporkan akaun Instagram Rizalman telah ditetapkan sebagai ‘private’ malah semua hantaran terbaharu termasuklah yang dimuatnaik pada tahun 2021 telah pun dipadam. Ketika itu, hantaran terakhir yang kelihatan pada akaun Instagram Rizalman adalah pada 28 Oktober 2020 manakala info serta gambar profil nya turut ditukar.
Segelintir pengguna mendakwa pereka fesyen itu berasa kecil hati dengan netizen berikutan isu dikecam hebat oleh mereka di laman sosial apabila dia dikatakan tidak menghargai pemberian ikan salmon oleh peminatnya.
Kredit -Hangat.com
إرسال تعليق