Suami lafazkan taklik tanpa henti. Aku nekad langgar. Bila dah cerrai, ugut pula nk rampas anak
loading...

Foto sekadar hiasan Salam dan hi. Sekadar nak meluah rasa. Kenalkan, saya Cengeng. Disebabkan bila tumbuh dewasa ni asyik kuat menangis ja. Rasanya sesuailah dipanggil saya ni Cengeng.

Suami lafazkan taklik tanpa henti. Aku nekad langgar. Bila dah cerrai, ugut pula nk rampas anak



Ceritanya saya berkahwin lebih kurang 5 tahun. Tapi nak dibandingkan dengan orang yang dah 30 tahun hidup bersama, saya ni dah berkali kali ditaklikkan.

ARTIKEL MENARIK:Kali ke 4 waktu melawat, aku terus hilang bersama anak. Habis semua fitnah dan aib aku disebarkan
loading...


Setiap pergaduhan, tak peduli siapa yang salah, siapa betul. Ada sahaja taklik yang dilafazkan. Contoh, kalau keluar rumah tanpa izin, jatuh talak.

Bila ditanya, dikatanya taklik tu terpakai masa tu sahaja. Hati dah rasa tak sedap, ajak pergi pejabat agama untuk bertanya, tak hendak.

Sebagai isteri, bila taklik dilafazkan, selalunya saya akan terus mendiamkan diri. Sebab takut jatuh talak. Tapi hati sentiasa rasa tak sedap. Sebab banyak sangat taklik sampai saya sendiri pun dah lupa.

Sebagai orang yang dah habis mengaji SPM ni kan, bukan tak ingat ustaz/ustazah bagi ceramah dulu dulu. Bila taklik dibuat main, disebut sebut sentiasa boleh jadi haram.

Disebabkan tak tahan, saya kata sekali lagi buat taklik, saya langgar.

Disebabkan tu, setiap kali bergaduh, kemudiannya.

Bila dia nak buat lafaz taklik ja, saya cakap lafaz lah, saya langgar betul betul nanti.

Tak campur dengan adanya orang luar yang masuk campur hubungan kami suami isteri. Rasa kecewa sangat. Dah lah suami pun macam ni, ada pula yang tambah garam atas luka. Terasa perit sangat. Dan akhirnya, gaduh kecik je. Dilafaznya taklik dan kali ini, terus dilanggar.

Sekarang, alhamdulillah hidup makin okay lepas bergelar janda. Tapi, setiap kali ex contact balik. Luka lama bernanah kembali. Bukan berdrah dah.

Mau tak bernanah, tak habis habis kena psych0. Katanya family saya bencikan dia, katanya saya menghina family dia. Tak habis fikir, masa mana dan bila menghinanya.

Contact memang tak dah, seluruh family dia dah saya block kecuali dia atas dasar anak.

Mungkin betul lah kowt, time saya tengah meroyan gugur. Dah hilang suami, hilang pulak anak. Ada saya tanya, apa yang masih tidak puas hati lagi dengan saya. Dah bercerrai pun.

Untuk pengetahuan, saya baru balik dari hospital. Dah diugut nak diambil satu satunya anak yang tinggal.

Hilang waras sebentar sehingga keluar ayat ayat tidak enak didengar. Tapi saya dah pun minta maaf atas keterlanjuran kata bila kewarasan tiba.

Letih, sungguh letih. Masa bergelar isteri, caci maki sentiasa ada. Sepak terajang pun dah merasa dari awal perkahwinan. Orang ketiga, campur tangan orang ketiga juga dirasai.

Ingatkan bila bercerrai, takkan disakiti lagi. Yep, fizikal dah tak boleh tapi mental tetap diganggu. Mungkin kalau dah dapat cop giila baru puas hati mereka.

Hidup ni rasa tenang aman damai ja bila dia langsung tak contact. Tapi cukup 1 mesej dari dia, hilang kejap damai tu.

Bila teringat, auto rasa berdebar. Pi klinik sehari lepas dapat mesej dia, kadar nadi pun tinggi.

Tangan asyik ketar ja, buat apa apa pun jadi gelabah. Sampai kan kalau orang menyampai perkara pasal dia, minta simpan dulu sampai balik rumah takut tak boleh nak drive sebab tangan jadi terketar ketar.

Selalu terfikir betul ke saya yang terburu buru tamatkan perkahwinan, betul ke tindakan saya..

Betul ke apa yang dia kata, saya yang tidak pandai sabar, isteri yang tak taat, saya sebenarnya yang jahat dan tak bertimbang rasa. Gagalnya perkahwinan kami adalah disebabkan saya.

Tolong bagi saya kata kata semangat. Rasa tak suka perasaan yang macam ni, saya gembira ianya berakhir. Tapi ada masa saya ragu ragu dengan diri sendiri terutama bila dapat mesej dari dia.

Reaksi Warganet

Nur Afieda –
Buat Tuntutan Hadhanah/Hak Jagaan Anak. Jika tak tahu prosedur macam mana dapatkan khidmat nasihat di Jabatan Bantuan Guaman, bayar RM10 sahaja. Tuntut juga Nafkah Anak.

Diana Nabila –
Ini dah jadi panic attack, sis rasanya ada anxiety. Boleh developed disebabkan keadaan sebegini. Elok berjumpa psych0logist untuk fahamkan keadaan sis dan cara cara menangani. Elok juga alang alang terus minta surat rujukan dari psych0logist, minta restraint order mahkamah agar dia tak boleh kacau sis dah.

Tukar je segala nombor. Kalau perlu, pindah la ke tempat lain yang jauh sedikit agar bebas gangguan. Sis juga berhak bahagia dan punyai hidup yang berkualiti.

NuRaz Wan –
Sudah tahu dia sengaja mainkan perasaan awak, kenapa ikutkan. Itu yang dia mahu, supaya dia tetap dapat menguasai awak, kalau tak dapat fizikal pun, dapat kuasai mental.

Awak patut simpan dan rakam semua tu, dan buat report. Kalau dia asyik call. Cakap dengan dia awak dah lama hilang sabar.



loading...


Jangan heran kalau awak hilang akal nanti, awak akan cari dia untuk disembelih. Macam tu awak cakap. Kalau dia asyik ganggu lagi. Cakap saja, malam tadi awak mimpi sembelih dia.. Orang macam ni, kenakan dia balik .. mainkan balik permainn psik0logi yang dia buat tu.

Aisyah Nur –
Rasa terketar ketar sebab apa bila dia whatsapp? Sebab takut atau masih sayang? Kadang kadang sebab sayang pun bole jadi kita berdebar, terketar ketar.

Tapi suami TT jenis narcissistic. Elok dipulangkan pada family dia.. Jangan rasa diri awak jahat kalau tujuan awak keluar dari ikatan perkahwinan untuk beri kebahagian pada diri sendiri.

Sayang diri dulu sebelum orang lain. Sayang orang lain dalam keadaan hati sendiri sakit takkan membawa kebahagiaan pada diri sendiri.

Jika berhubung sebab dia masih beri nafkah anak, apa bole buat. Tapi jika nafkah anak pun tak diberi, ada baiknya tukar no telefon dan jauhkan diri supaya hati lebih tenteram.

Farid Laila –
Ya Allah awak ni dah lama sangat did3ra mental fizikal, sampai anxiety. Dan dia pulak dah terlampau lama gaslighting awak.

Allah dah bantu awak keluar dari perkahwinan t0ksik. Banykkan bertenang, istighfar. Benda baru lagi memang susah nak adapt. Sabar pelan pelan lepaskan semuanya.

Ada neraka tempah khas untuk orang orang munafik seperti ex husb puan. Jangan sesekali masuk kembali ke neraka tu, kerana kalau kita lemah, tak bantu diri sndiri, Allah pun takkan bantu kita..

Ingat, awak ada anak kecil yang perlu dilindungi. Stop jadi cengeng…

Nur Humaira Yasmin –
Saya nampak permainan ex puan tu. Dia saja psych0 puan supaya puan jadi ragu dengan diri sendiri. Ciri ciri narcissistic yang teruk ex puan tu. Abaikan. Serious abaikan perasaan ragu tu.

Kalau perlu pergi jumpa pakar untuk hadapi masalah terketar ketar tu. Macam post trauma pun ada. Puan buat pilihan bagus. Jangan hiraukan lelaki hati jahat tu. Buat bodoh je.

Kalau dia bagi nafkah anak, okay lah contact tapi kalau atas dasar anak contact, tapi menyebabkan puan jadi stress, tak yah contact dia lagi. Besarkan anak tu sendiri.

Trust me, mesti ada makcik bawang yang sokong ex puan. Kalau jumpa orng mcm tu abaikan dan pergi jauh jauh. Block apa semua. Semoga bahagia dan tenang puan.

Sumber – Cengeng (Bukan nama sebenar) via IIUMC via Edisi Media !



-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم