Satu klip video ‘Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh’ oleh pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menjadi bualan hangat netizen di Twitter.
Menerusi video berdurasi 56 saat itu, Prof Muhaya berpendapat wanita tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi dan melebihi daripada kaum lelaki.
ARTIKEL MENARIK:Gadis ni nekad jual motor ayah hanya kerana nak buat modal jumpa lelaki yang bari kenal dekat online game. Tak sangka akhirnya ini yang terjadi.
Malah, menurut beliau lagi, kaum lelaki suka dengan wanita berperwatakan lembut dan perlu dibantu.
“Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka, mereka ketua. Orang laki-laki walau macam mana suami kita dia tetap imam kita.
“Kalau solat kita pangkat besar macam mana kat office, kalau kat ofice kita ada seorang pekerja am, seorang CEO perempuan, bila berimam siapa depan? Masih yang laki-laki.
“So orang perempuan, walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki.
“Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti you all sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambat jodoh.
“Siapa tinggi testostorane, asyik nak drive, nak achieve, nak independent, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah.
“Sesiapa yang lambat-lambat jodoh tu tengok you punya karakter macam mana,” katanya.
weh wtf is this did she really say kita kena jadi bodoh baru laki suka kalau tak lambat kahwin?????? If women are too independent we would have high testosterone? I would rather be single if my stupidity attracts my future spouse??? pic.twitter.com/rJiI1dXcYP
— mouse (@emptyshadoww) June 8, 2021
Meninjau reaksi ramai, majoriti pengguna media sosial kurang bersetuju dengan kenyataan terbabit yang dianggap berbaur misogini.
“Masalahnya bukan pencapaian wanita tetapi kegagalan lelaki. Itu prioriti. Kenapa orang kita macam ni? Tertekanlah tengok.
“Bayangkan kamu memberitahu anak perempuan kamu untuk menjadi ‘bodo bodo’ untuk lelaki, walhal sepatutnya memberikan fokus kepada pembangunan dirinya. Melingkup,” ciap Redza Minhat.
Namun ada juga yang menyebelahi Prof Muhaya dengan mengatakan mungkin beliau tersalah menggunakan ayat dalam kata-kata beliau.
“I rasa maybe prof tu salah gunakan ayat sikit. Maybe dia nk ckp wlu pandai mana pn kite, kene tetap respect lelaki lagi2 klu tu bakal suami kita.
“Bkn kene jd bodo pn. I ramai je member yg ade degree & independent tp once nk kahwin dia respect & still bole shine with her husband.”
“Thanks sebab faham maksud Prof. Rata-rata yang reply tweet ni tak faham maksud sebenar Prof.
“Lebih mengecewakan adalah adab dalam mengkritik yang ditunjukkan anak-anak muda. Bahasa Jiwa Bangsa.”
Kredit - YOY Network.
Post a Comment