22 Tahun Berlalu! Ini Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon Yang Generasi Sekarang Mungkin Tak Tahu
loading...

Siapa masih ingat dengan kisah pembunuhan kejam yang melibatkan penyanyi Along Spoon sekitar tahun 90-an? Popular dengan lagu “Rindu Serindu Rindunya”, tak dinafikan ini antara lagu yang paling hit ketika itu.

22 Tahun Berlalu! Ini Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon Yang Generasi Sekarang Mungkin Tak Tahu

 


Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie iaitu vokalis utama kumpulan Spoon dilaporkan hilang selama 10 hari. Pelbagai spekulasi timbul tetapi kehilangannya mula terjawab apabila pihak polis menjumpai mayatnya dalam sekarung guni.

ARTIKEL MENARIK:“Ikhlas Terima, Muka Pun Nak Sama” Muat Naik Foto Bersama Anak Tiri, Netizen Puji Jep Sepahtu sebab
loading...


Pergi Ke Kawasan Sunyi Dan Hilang 

5 Disember 1999, Along (mangsa) telah menaiki sebuah teksi bersama seorang anggota polis Lans Koperal Mohamed Ya’cob (suspek) menuju ke sebuah kawasan sunyi di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.


Foto – Harian Metro

Sepanjang perjalanan ke kawasan tersebut, berlaku perbalahan di antara mereka sehinggakan suspek menggunakan kekerasan fizikal dengan mengetuk kepala Along mangsa. Melihatkan kejadian itu, pemandu teksi meminta suspek untuk tidak mencederakan mangsa.

Suspek mengarahkan pemandu teksi untuk menghentikan kereta dengan alasan mahu membuang air kecil. Pada masa yang sama, suspek mengheret mangsa keluar dan meminta pemandu teksi untuk pergi meninggalkan mereka berdua di situ.


Foto – Cambridge News

Pemandu tersebut meninggalkan mereka berdua di tepi jalan dan meneruskan perjalanan. Tetapi pemandu teksi berpatah kembali ke lokasi tersebut kerana berasa tidak sedap hati dan hanya melihat suspek sahaja yang berada di tepi jalan.

Mayat Diisi Dalam Sekarung Guni

Suspek kemudiannya menaiki semula teksi dan meminta pemandu untuk menghantarnya pulang. Ketika pemandu teksi itu bertanyakan tentang mangsa, suspek bertindak untuk diam diri.


Foto – Chinomatography

Setelah 10 hari mangsa menghilangkan diri, ada saksi yang membuat laporan mengatakan suspek merupakan orang terakhir bersamanya. Suspek kemudiannya ditangkap tetapi mangsa belum ditemui lokasinya.



loading...


Sejak kejadian itu, keluarga mangsa sering menerima panggilan telefon di mana mereka diminta menyediakan wang tebusan RM500K untuk melepaskan mangsa. Polis kemudiannya mengesahkan ianya bukan kejadian culik, sebaliknya mangsa sudah dibunuh. Ketika itu, pasukan penyiasat mula menyoal siasat dan suspek memberitahu kisah sebenarnya.


Foto – Kelab Greenboc

“Mayat dia, saya isikan dalam guni telah saya campakkan tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu”, ujar suspek.

Polis terus bergerak ke lokasi kejadian dan menjumpai mayat mangsa yang sudah reput. Mangsa diikat seperti posisi janin dalam rahim dalam guni tersebut. Pihak forensik mendapati kematian mangsa disebabkan oleh jerutan pada leher.

Cemburu Punca Motif Pembunuhan

Berdasarkan pembunuhan ini, suspek membunuh mangsa disebabkan oleh cemburu yang menjadi punca motif pembunuhan. Ketika berada dalam teksi, suspek bertanyakan pada mangsa tentang hubungan sulit dengan isterinya.


Foto – Facebook / Kelab Greenboc

Ini kerana suspek pernah melihat mangsa bersama isterinya dalam sebuah kereta. Walaupun dinafikan oleh mangsa, suspek menjadi berang dan mula bertindak agresif sehingga terjadinya pembunuhan kejam ini.

Kronologi Pembunuhan Along Spoon 

  • 25 Disember 1999 – Along Spoon berusia 19 tahun dilaporan hilang.
  • 6 Januari 2000 – Selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui mayat mangsa dalam sekarung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.
  • 7 Januari 2000 – Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.
  • 19 Januari 2000 – Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh mangsa.
  • 10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati suspek bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan ini.
  • 29 September 2009 – Suspek membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan hukuman mati terhadapnya.
  • 2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas suspek yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.

Foto – Facebook

Kes pembunuhan Along Spoon telah memakan masa selama 10 tahun untuk selesai. Sekadar info tambahan, keluarga mangsa mengalami kerugian kira-kira RM300K gara-gara panggilan palsu mengenai wang tebusan penculikan Along Spoon.


Kredit -Hangat.com


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم