Aamir Khan Kongsi Kisah Penceraiannya Dengan Bekas Isteri, Reena Dutta
loading...

Aktor Bollywood, Aamir Khan berkongsi mengenai perpisahannya dengan bekas isteri, Reena Dutta dan betapa sukarnya buat mereka berdua. Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 1986 dan bercerai pada tahun 2002.

Aamir Khan Kongsi Kisah Penceraiannya Dengan Bekas Isteri, Reena Dutta



Perpisahan Yang Sukar



ARTIKEL MENARIK:Ramai yang tertanya tanya tentang Hafiz Suip gara gara nampak kurus sangat. Hafiz Suip tampil dengan buat permohonan maaf dan dedahkan sesuatu yang mengejutkan.
loading...





Aamir Khan & Reena Dutta

Menurut Hindustan Times, aktor ini mendedahkan bahawa perpisahannya dengan Reena Dutta, selepas 16 tahun berkahwin sangat sukar buat mereka berdua. Dia mengatakan bahawa dia dan Reena sangat muda ketika mereka mengikat perhubungan mereka.

“Reena dan saya telah berkahwin selama 16 tahun. Kami membesar bersama kerana kami berdua sangat muda ketika kami berkahwin. Perpisahan ini sukar buat kami berdua. Ia adalah hubungan istimewa dan masih dekat di hati saya. Saya bersendirian selama tiga hingga empat tahun dan kemudian saya bertemu Kiran (Rao). Saya bahkan tidak bekerja selama hampir dua tahun kerana cuba untuk mengatasinya. Saya seorang yang sangat beremosi.”Aamir Khan



loading...


Jelaskan Keadaan Pada Anak-Anak Ketika Mahu Berpisah

Aamir Khan turut memberitahu bahawa dia dan Reena menjelaskan keadaan yang berlaku pada anak-anak mereka apabila membuat keputusan untuk berpisah.

“Ketika kami membuat keputusan untuk berpisah, Reena dan saya pertama kali menjelaskan keadaannya kepada anak-anak kami, Walaupun setelah saya dan Reena failkan penceraian, keluarga kami kekal rapat. Terdapat tiga wanita yang menjadi orang penting dalam hidup saya, ibu saya, Reena, dan Kiran. Saya juga membawa foto keluarga dalam telefon saya, terutamanya ibu saya.”-Aamir Khan


Aamir Khan & Kiran Rao

Pada Disember 2005, Aamir Khan telah berkahwin dengan pengarah-produser Kiran Rao, sebelum membuat pengumuman penceraian pada Sabtu lalu setelah 15 tahun berkahwin.


Kredit - Hangat.com

-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم