China janji bantuan COVID-19 RM12.6 bilion kepada negara membangun
loading...

BEIJING, 7 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Presiden China, Xi Jinping pada hari Jumaat menjanjikan bantuan sebanyak AS$3 bilion (RM12.6 bilion) kepada negara-negara membangun untuk memerangi COVID-19.

China janji bantuan COVID-19 RM12.6 bilion kepada negara membangun

 


Xi berkata demikian dalam pertemuan darurat pemimpin negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), yang belum pernah diadakan sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK:Macam Bandar ‘Batman’, Awan Mendung Ala-Ala ‘Gotham City’ Litupi Langit Singapura
loading...


Beliau berkata, dana tambahan itu bertujuan menyokong pemulihan ekonomi dan sosial di negara-negara membangun yang lain, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Katanya, China telah menyediakan lebih daripada 500 juta dos vaksin COVID-19 di negara-negara membangun.

Terdahulu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dijadualkan menjadi tuan rumah sidang kemuncak tahunan para pemimpin dari kumpulan APEC 21 negara pada bulan Disember, namun mengadakan pertemuan tambahan dengan notis kurang dari lima hari untuk menangani masalah mendesak yang disebabkan oleh pandemik global.



loading...


Pandemik COVID-19 telah menyebabkan peningkatan sebanyak 18 peratus dalam jumlah mereka yang berdepan dengan situasi kelaparan, kata laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

China, di mana coronavirus pertama kali muncul pada akhir 2019, telah menjanjikan bantuan, peralatan perubatan dan vaksin bernilai berjuta-juta dolar kepada negara-negara di seluruh dunia dalam beberapa bulan terakhir selepas ia mampu mengawal penularan dalam negaranya. – Agensi



Kredit - ismaweb.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post