“Dah Tua Pun Bodoh” – Erma Fatima Dikecam Gara-Gara Anggap Carl Samsudin Hanya Beri Motivasi
loading...

Rata-rata rakyat Malaysia termasuk ramai selebriti bertindak untuk mengecam tindakan usahawan sensasi, Carl Samsudin yang dilihat seperti biadap terhadap seorang warga emas namun tidak bagi pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima.

“Dah Tua Pun Bodoh” – Erma Fatima Dikecam Gara-Gara Anggap Carl Samsudin Hanya Beri Motivasi

 



Erma Anggap Carl Hanya Beri Motivasi


ARTIKEL MENARIK:Lepas teruk dikritik oleh warganet akhirnya isteri dan ibu Carl Samsudin tampil pertahankan tindakan tegur warga emas.
loading...


Menurut Erma di sebuah hantaran di laman Instagram nya, kakak kepada aktres Datin Seri Umie Aida ini menyifatkan cara yang dibuat oleh Carl hanyalah sebagai sebuah motivasi. Jelasnya,sebagai individu yang pernah berhadapan dengan gelandangan bermasalah, Erma menganggap mereka perlu diberikan satu teguran yang agak keras untuk mengubah nasib hidup mereka.

“Aku dapat rasa apa dia rasa ketika bagi motivation talk ni. Aku juga dapat faham apa yang pakcik itu rasa. Cuma ada waktunya orang kita ini kena Gegar sikit untuk bangunkan dari tidur. Mungkin cara dia ganas sikit” tulisnya

https://www.instagram.com/p/CR37YMsj1BW/?utm_source=ig_embed&ig_rid=5228138f-4f14-4b43-b90d-404f345f65a7

Erma Dikecam

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah mencetuskan kecaman daripada pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan pandangan pengarah Mok Cun ini. Rata-rata daripada mereka berkata teguran yang keras bukanlah cara yang sesuai buat mereka yang bergelar warga emas.Susulan itu pelbagai kata-kata kesat dan pandangan terus diberikan terhadap pengarah terkenal ini.




loading...

Dalam hantaran terbaharu, Erma berkata dia tidak mengambil peduli akan kecaman yang diterima namun berasa kecewa kerana segelintir daripada mereka berbahasa kesat sekaligus memalukan nama bangsa.

“Kalau pun cara dia salah tegurlah dengan bahasa yang beradab ! Kita sibuk cakap pasal adab tapi kita sendiri tak beradab dalam menegur orang. Malulah dengan bahasa yg kau orang guna. Aku repost emua kutukan kau orang dekat story aku. Takde hal !

Ada yg melampau bahasanya aku tak repost. Malu aku..mual dan jijik aku nak paparkan bahasa anak bangsa aku! Aku nak ajak kau orang semua baca dan judge balik bahasa yang kau orang gunakan. Setidak tidaknya budak itu tak keluar bahasa kesat. Kau orang? Itu ke adab yang kau orang nak perjuangkan?” tegur Erma

Namun begitu, Erma memaafkan mereka yang terlibat dan berharap agar mereka dapat mengambil iktibar atas apa yang terjadi.

 

Kredit - Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم