SEJAK semalam, nama penyanyi rap dan usahawan, Caprice dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) hangat diperkatakan di media sosial.
Semuanya bermula apabila Caprice mendedahkan dia telah disekat daripada mengikuti akaun Instagram UEL setelah menegur figura itu mengenai misi UEL di Gaza baru-baru.
ARTIKEL MENARIK:Caprice dakwa penduduk Gaza tak suka ambil gambar org miskin, sekali apa yg Dr Sheikah Muzaffar cakap memang lain
Bukan itu sahaja Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, turut memaklumkan dia berkemungkinan tidak dapat masuk ke Gaza dan dirinya berada dalam keadaan bahaya di sana.
Sejak semalam, nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas mendedahkan usaha untuk memasuki Gaza tidak berjaya kerana campur tangan pihak lain.
Malah, dia turut mendedahkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew (UEL) telah menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan masuk ke Gaza.
Tidak mahu isu ini berpanjangan berikut pula ulasan dari Ustaz Amin yang telah banyak pengalaman menyertai misi-misi kemanusian
“Janganlah gaduh-gaduh, tenang-tenang sajalah
“Saya ingin mengulas mengenai bantuan ke tanah barakah. Kerana ia bukan sahaja tanah yang unik, tetapi strategi untuk ke sana juga sangat unik.
“Tahukah anda bahawa tempat ini adalah tempat yang paling banyak berlaku peperangan sejak beribu tahun dahulu.
“Bermaksud, telah berlaku juga penghantaran bantuan sejak beribu tahun dahulu. Zaman Nabi Ibrahim dengan Namrud (1800 s.m) Perang Samsum al-Ghazi (1400 s.m) zaman Nabi Musa (1300s.m) Nabi Daud 1050 (s.m) Perang Nabuchadneezar (586 s.m) Perang Titos (70 m), Saidina Umar (637m) perang Salib (1187m) dan beribu lagi peperangan di tanah barakah ini. Sebab itu ia di sebut sebagai bumi syuhada’ sehingga hari kiamat.
“Apakah anda rasa ketika Nabi Isa mengalahkan Dajj4l di kawasan sini, tidak berlaku operasi penghantaran bantuan dan sokongan dari umat Islam satu dunia.
“Dalam operasi bantuan ke tanah barakah ini, saya suka berpegang dengan hadith Nabi SAW, “hendaklah kamu sungguh-sungguh membantu dengan cara senyap-senyap”kenapa? Jika dihebohkan, musuh akan dapat tahu cara kita dan di kalangan orang Islam pun akan banyak salah sangka.
“Cara bantuan secara makro dan mikro juga berbeza. Bantuan melalui Mesir atau dari Jerusalem pun berbeza. Bantuan ketika musim panas pun tak sama ketika musim sejuk. Dan kita pun tak akan dapat bantu semua orang, sesetengah tempat di bantu, di tempat satu lagi akan terasa kenapa tidak sampai kepada kami.
“Untuk Solidariti tanah barakah ini, semua orang ada caranya tersendiri, dan ingat, tidak ada gading yang tidak retak,tidak ada misi yang tidak ada kelemahan.
“Nasihat saya pada yang baru nak terlibat dengan bantuan ke sini, ia sangat unik dan tidak akan sama ke mana-mana tempat lain di dunia. Belajarlah dan rujuklah juga pada orang lama untuk kematangan di dalam bantuan ke sana. Belajar untuk sama-sama bekerjasama untuk matlamat yang satu. Soal nama kita disebut di dunia tidak penting, asalkan ia disebut di langit.
“Dan ingatlah, setiap kali Ramadhan, setiap kali akan berlaku keteg4ngan di sini, jadi, jika tidak sempat tahun ini, bersedialah untuk tahun hadapan. Hanya lagi 10 bulan akan berlaku lagi ketegangan.
“Tenang-tenang sajalah.
kredit: Ustaz Amin
25 hari team Azeez masih belum boleh masuk Gaza
PETALING JAYA – Selepas lebih 25 hari berada di Mesir, misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum dibenarkan memasuki Gaza, Palestin.
Abdul Azeez melalui hantaran di Facebooknya baru-baru ini berkata, difahamkan pihaknya perlu mendapatkan beberapa kebenaran dari kerajaan Mesir sebelum meneruskan perjalanan misi kemanusiaan di Gaza.
“Segala kebenaran telah kami perolehi dari kementerian terlibat di Malaysia sebelum kami berlepas ke Mesir.
“Segala cabaran dan dugaan yang kami hadapi mengajar kami erti perjuangan demi saudara seislam kita di Gaza. Beratnya dugaan yang terpaksa kami lalui maka lebih beratlah ujian yang mereka hadapi namun semangat juang mereka tidak pernah padam mempertahankan bumi Palestin,” katanya.
Menurut Abdul Azeez, sepanjang mengendalikan 40 misi kemanusiaan di luar negara, ini merupakan kali pertama pihaknya menghadapi dugaan yang luar biasa dan meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan pihaknya di sana.
“Walaupun terpaksa senyum dan ketawa disebalik tangisan, semangat dan kecekalan kami untuk memasuki Gaza membawa solidariti rakyat Malaysia, mewakili keprihatinan dan kasih sayang seluruh rakyat Malaysia kepada semua saudara kita di sana tidak akan pernah luntur dan padam.
“Kepada seluruh rakyat Malaysia, kami team HM4P memohon agar terus mendoakan kami dapat masuk ke bumi Gaza dengan niat dan matlamat yang murni dan dapat segera pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya.
Terdahulu, misi kemanusiaan HM4P selama dua minggu anjuran Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusi oleh Abdul Azeez itu berlepas ke Jordan pada 16 Jun bertujuan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi tersebut yang terjejas selepas serangan tentera Zionis.
Difahamkan, misi tersebut turut disertai oleh penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : http://trendingsangat.pw/
إرسال تعليق