Lelaki Dakwa Lantunkan Azan Dan Istighfar Ketika Diterkam, Harimau Terus ‘Berubah Fikiran’ Lalu Beredar
loading...

Baru-baru ini tular seorang penduduk dari Kampung Serapung Kecamatan Kuala Kampar, Riau yang diterkam kakinya oleh seekor harimau. Setelah dilaungkan azan dan beristighfar, harimau tersebut dikatakan berlalu pergi begitu sahaja.

Lelaki Dakwa Lantunkan Azan Dan Istighfar Ketika Diterkam, Harimau Terus ‘Berubah Fikiran’ Lalu Beredar

 


Baru-baru ini tular seorang penduduk dari Kampung Serapung Kecamatan Kuala Kampar, Riau yang diterkam kakinya oleh seekor harimau. Setelah dilaungkan azan dan beristighfar, harimau tersebut dikatakan berlalu pergi begitu sahaja.

ARTIKEL MENARIK:9 lagi ditahan terlibat pergaduhan di asrama kilang
loading...


Malangnya, dia dilaporkan telah diserang oleh seekor harimau Sumatera ketika sedang membetulkan mesin gergaji yang dibawa mereka. Saat dia sedang duduk itulah Si Belang bersaiz 3 meter itu menghampirinya dan segera menyerang kakinya.

Mangsa yang masih terkejut itu dipercayai cuba melawan dengan menendang harimau yang sedang menerkam kaki kirinya walaupun kaki kanannya sudah cedera. Ketika itu tiada senjata yang dapat digunakan dan mangsa hanya memegang ranting sambil melaungkan azan dan beristighfar.

Mangsa menjadi panik kerana gigitan yang kuat itu telah memperlihatkan tulang kakinya, namun harimau itu segera melonggarkan cengkamannya setelah mendengar kalimah suci itu.

Menurut sumber, dia terus meraih sebatang kayu seraya melaungkan seruan azan berkali-kali dan ternyata ia berkesan. Haiwan itu dikatakan tidak meneruskan serangan dan terus berlalu pergi.

loading...


Kesan daripada serangan itu, nyawa mangsa masih selamat namun dia mengalami kecederaan serius di tumit kaki kanan dan betis kiri serta kesan calar di pergelangan tangannya.

Rentetan kejadian itu, mangsa dibawa ke pusat kesihatan untuk dirawat dan telah menerima puluhan jahitan bagi menutup luka parah tersebut.

Jelas Ketua Pusat Kesehatan Kuala Kampar, Yan Beni, “Secara keseluruhannya ada 58 jahitan untuk menutup luka di kedua-dua kakinya. Kami berharap mangsa segera pulih. Dia akan dirawat sehingga dibenarkan pulang jika sudah pulih“.

Walaupun lukanya sangat parah dan berdarah banyak, mangsa dilaporkan tidak perlu diberi darah tambahan semasa rawatan. Hal ini kerana dikatakan keadaan fizikalnya cukup kuat.

Dia telah menunjukkan kemajuan yang baik setelah tiga hari menerima rawatan oleh pasukan perubatan. Menurut doktor, pesakit dapat pulang ke rumah setelah kemajuan dilihat sehari ke dua hari lagi, diikuti dengan rawatan lanjut.


Sumber: Tribunnews.com



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post