BERITA baik bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah korang kini berpeluang memohon pengeluaran i-Citra bermula pada hari ini.
Permohonan yang diawalkan tiga hari itu bertujuan membantu meringankan beban individu terjejas dari segi pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) dek pandemik Covid-19.
ARTIKEL MENARIK:Tak Susah Pun! Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Permohonan Pengeluaran I-Citra KWSP- PEMULIH
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi laman sosial Twitter memaklumkan permohonan pengeluaran i-Citra dibuka bermula pada 12 Julai 2021 iaitu tiga hari lebih awal daripada tarikh awal, 15 Julai 2021.
Permohonan Pengeluaran i-Citra akan dibuka pada 12 Julai 2021.
Baca selanjutnya di: https://t.co/1oCxCY7At2#kwspicitra #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/vLbp1WiNl2
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) July 11, 2021
Selain itu, dalam hantaran berlainan KWSP turut menyertakan bersama grafik dan video sebagai panduan untuk proses permohonan i-Citra.
Dimaklumkan, ahli boleh melakukan permohonan i-Citra-KWSP hingga 30 September depan.
Berikut adalah cara memohon i-Citra:
1. Layari icitra.kwsp.gov.my
2. Pilih ‘Permohonan.’
3.Isikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit.
4. Sahkan identiti melalui nombor OTP (yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas) atau soalan keselamatan.
5. Tentukan amaun pilihan pengeluaran sama ada RM5,000 atau kurang seperti yang tertera pada skrin. Harus diingatkan, korang tidak boleh menukar amaun pengeluaran selepas permohonan dibuat.
6. Semak jadual bayaran yang dipaparkan di bawah.
7. Klik pada butang ditunjukkan jika ingin mengurangkan amaun pilihan pengeluaran.
8. Gerakkan penunjuk untuk memilih amaun pilihan pengeluaran yang dikehendaki.
9. Klik ‘Teruskan’
10. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
11. Lengkapkan nombor akaun bank dan kaji selidik. Klik ‘Teruskan’
12. Semak maklumat pemohon dan jadual bayaran.
13. Tandakan pada kotak pengesahan ‘Saya bukan robot’. Klik ‘Teruskan’.
14. Permohonan korang diterima dan akan diproses.
15. Dinasihatkan agar korang simpan rekod permohonan sebagai rujukan dengan menekan cetak dan simpan rekod permohonan.
Tonton video di bawah untuk penerangan berserta grafik.
Untuk maklumat lanjut mengenai i-Citra dan cara permohonan sila laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.
Skim pengeluaran KWSP i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.
Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan mengimbangi keperluan masa kini serta masa depan ahli.
Diharapkan korang yang mencarum KWSP dan mengalami masalah pendapatan jangan lepaskan peliang memohon i-Citra demi kelangsungan hidup.
Sumber: @kwsp via Sinar Plus
Post a Comment