Polis membenarkan pergerakan tiga individu dalam satu kereta di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk melakukan perjalanan bagi urusan perubatan dan mendapatkan vaksinasi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka hanya perlu menunjukkan kepada pegawai di lapangan janji temu mereka di aplikasi Mysejahtera, laman sesawang, kad janji temu atau mesej pesanan ringkas (SMS).
ARTIKEL MENARIK:Tinggal Kenangan! Ini Punca Hotel Istana di Kuala Lumpur Ditutup Buat Selamanya
"Bagi kes-kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara case to case basis.
"Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur-prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19," katanya.
Semalam MKN memutuskan untuk melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.
Keputusan itu dibuat melalui perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian vaksinasi akan dipergiatkan di kawasan-kawasan tersebut dan Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan telah memberi jaminan.
Ismail berkata, keputusan untuk menguatkuasakan PKPD ini dibuat atas beberapa faktor, antaranya trend jangkitan yang tinggi di Selangor dan Kuala Lumpur.
Kredit -malaysiakini
Post a Comment