Satu lagi negeri akan beralih ke Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 2 selepas menepati nilai ambang kriteria peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut kementerian berkenaan, peralihan ini menjadikan enam negeri memasuki fasa kedua pelan berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:“Setakat Mengurung Rakyat Sudah Tidak Lagi Relevan,” Titah TMJ Buat Rakyat Setuju, Ramai Yg Kngsi Beban Masing2
Sementara itu, lima negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang terdahulu telah beralih ke fasa 2 bermula hari ini.
Tambah KKM, nilai ambang yang menjadi kayu ukur peralihan ialah purata kes, pesakit di ICU dan peratusan vaksinasi.
Satu lagi negeri akan beralih ke PKP Fasa 2 selepas menepati nilai ambang yang menjadi kriteria peralihan fasa PPN.
Ini menjadikan 6 negeri beralih ke Fasa 2.
Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang telah beralih Fasa 2 bermula hari ini, 5 Julai.
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 5, 2021
Nilai ambang yang menjadi indikator peralihan ialah purata kes, pesakit di ICU dan peratusan vaksinasi.
Menteri Kesihatan, @DrAdhamBaba berkata Menteri Kanan Pertahanan akan mengumumkannya, hari ini.
PPN ialah ‘exit strategy’ untuk keluar daripada pandemik COVID-19.
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 5, 2021
Sumber: KKM via Siakap Keli
إرسال تعليق