Keadaan semasa semakin menghimpit kita semua. Tidak dinafikan ramai di luar sana yang sudah ‘jatuh terduduk’ apabila mengenang nasib akan datang yang tidak pasti. Rata-rata mereka sedang penat menghadapi dugaan hidup.
Hari ini, aktivis kebajikan Natipah Abu berkongsi tiga rintihan daripada tiga keluarga, masing-masing meluahkan masalah yang mereka hadapi. Sebak terkenangkan ada anak kecil yang kelaparan, ada yang sampai bergolok-gadai, ada yang hilang kerja.
ARTIKEL MENARIK:3 Hari Hanya Makan Biskut. Ibu Tunggal Kibar Bendera Putih.
Bersempena dengan pagi Jumaat yang mulia ini, marilah sama-sama kita hayati perkongsian Sedekah Jumaat Natipah Abu di bawah ini.
Rintihan tiga keluarga mengenang nasib
Sedekah Jumaat: Barang dapur
Keperluan: RM10,000
Sumbangan: Maybank Natipah Abu 552107617521
ADUAN 1
Gambar: Natipah Abu
Saya mohon Kak Pah, saya betul-betul dah kusut sekarang ni. Barang dapur dah betul-betul tak ada. Rumah sewa dah sangkut. Kalau Kak Pah tak kesian dekat saya, saya mohon Kak Pah kesian sama kat anak saya Kak Pah. Walaupun tak seberapa pun bantuan, syukur Alhamdulillah penting buat keluarga saya sekarang ni Kak Pah.
Saya bukan taknak kerja Kak Pah, (tapi) tak boleh nak kerja PKP ni. Tadi kawan isteri saya bagi beras, barang basah tak ada langsung. Saya cari telur RM2 Kak Pah. Makan dalam satu hari. Lepas ni tak boleh nak cakap saya Kak Pah.
Cincin kahwin isteri saya tak dapat ambil dah tamat tempoh, cincin tunang pun dah masuk pajak. Saya mungkin tak dapat ambil dah. Saya tak ada apa-apa saya sekarang ni Kak Pah. Ni PKP sambung lagi, tak makan keluarga saya Kak Pah.
ADUAN 2
Gambar: Natipah Abu
Ya Allah, sunyi-sepi Kak Pah. Kena sabar dan kena kuat mental dan fizikal. Akma memang tak boleh nak berharap dengan niaga ni Kak Pah. Betul-betul ‘down’ Kak Pah. Niaga takda orang sungguh-sungguh ni. Sunyi sepi Kak Pah. Petang-petang pula redup nak hujan, ni pun hujan renyai-renyai, tak lebat je.
Semalam dapat RM15, hari ni dapat RM8 je Kak Pah, Allah. Tak tahu nak cakap macam mana. Goreng-goreng macam tak terusik. Macam mana nak buat lagi ye Kak Pah untuk masuk ‘income’. Risau Akma keadaan macam ni.
ADUAN 3
Gambar: Natipah Abu
Saya malu nak bagitahu. Berkali-kali fikir. Baru ni saya dah mohon bantuan untuk selesaikan tunggakan bil elektrik. Bolehkah kali kedua saya nak mohon untuk beli keperluan barang dapur dan pampers untuk anak saya. Susu, dia hisap susu dada. Suami saya tak kerja dari bulan puasa.
Lagilah..suami hanya kerja kampung. Ada kerja ada gaji. Sejak ‘lock down’, hilang pendapatan terus. Boleh ke saya nak mohon untuk sumbangan untuk beli barang dapur dengan lauk? Saya ada RM30 lagi. Maaf jikalau saya ni keterlaluan. Malu rasanya.
Mungkin bagi mereka yang berpendapatan tetap tidak begitu tertekan sangat dengan keadaan hari ini, tetapi bagi mereka yang tidak berpendapatan tetap seperti yang bekerja kampung dan peniaga, kesengsaraan mereka hanya Allah saja yang tahu.
Sungguh berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Maka itulah Sedekah Jumaat kita minggu ini menyasarkan sumbangan barang dapur untuk 200 keluarga yang memerlukan.
Semoga dengan sumbangan kita yang tidak seberapa ini mampu meringankan segala penanggungan mereka di luar sana. Jumaat yang barakah, semoga Allah bukakan pintu rezeki kita semua seluas langit dan permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat kita.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Mari hulurkan sumbangan
Sehubungan itu, jika ada insan di luar sana yang sudi untuk menyumbang, sumbangan boleh disalurkan kepada Natipah Abu melalui nombor akaun 552107617521 (Maybank) atas nama NATIPAH ABU.
Semoga sumbangan ini mampu memberikan senyuman buat mereka. InsyaAllah.
Sumber: Natipah Abu
إرسال تعليق