Pelakon dan pengarah filem India terkenal, Aamir Khan mengumumkan bahawa dia dan isteri, Kiran Rao disahkan bercerai hari ini.
Aamir menerusi sidang media berkata, mereka telah lama merancang untuk berpisah sejak dulu lagi dan kini adalah masa yang tepat untuk berbuat demikian.
ARTIKEL MENARIK:Polis Sias4t Dakw4an Zarina Anjoulie, Rupanya Nak Sam4n Sebab Anggota Polis Seb4r Gambar Dalam Bilik Tahanan?
“Sepanjang 15 tahun yang indah, kami bersama-sama saling berkongsi pengalaman hidup, rasa gembira dan gelak tawa. Hubungan kami juga terbina atas rasa percaya, cinta dan hormat.
“Sekarang, kami akan memulakan episod baharu dalam hidup kami masing-masing,” katanya dalam sidang media tersebut.
Difahamkan, walaupun bakal berpisah mengikut haluan masing-masing, namun tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya masih dilaksanakan seperti biasa.
“Kami tetap menjadi ibu-bapa yang setia kepada anak lelaki kami, Azad yang kami akan pelihara dan besarkan bersama.
“Kami juga akan terus bekerja secara berkolaborasi dalam filem, kerja amal Yayasan Paani dan projek-projek lain yang kami sukai,” tambahnya.
Mengimbas kembali, Aamir dan Kiran bertemu buat pertama kali sewaktu set penggambaran filem Lagaan, di mana isterinya bertugas sebagai penolong pengarah ketika itu.
Mereka melangsungkan perkahwinan pada 28 Disember 2005 dan mendapat cahaya mata pertama, Azad Rao Khan pada 2011.
Sumber: Indian Express via Siakap Keli
إرسال تعليق