SELEPAS beberapa hari keluarga dan pembantu rumahnya dijangkiti Covid-19, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengesahkan kini dirinya juga positif virus terbabit.
Menurut Rebecca, disebabkan tidak sampai hati melihat suami dan anak-anak menguruskan diri mereka sendiri ketika menjalani kuarantin, dia terpaksa mendedahkan diri kepada risiko jangkitan demi membantu insan-insan yang disayanginya itu.
ARTIKEL MENARIK:Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Di Medan Indonesia. Moga Arwah Tenang Di Sana!
“Pada awalnya saya negatif, namun akhirnya saya juga disahkan positif selepas menjaga suami dan anak-anak. Doakan saya dan seluruh ahli keluarga sihat seperti sedia kala.
“Secara jujur, saya juga hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terfikir semua ujian ini datang dengan sekelip mata dari ALLAH SWT,” tulis Rebecca menerusi perkongsian di laman Instagramnya pada Sabtu.
Tambah Wanita berusia 35 tahun itu lagi, demi suami dan anak-anak, dia sanggup berbuat apa sahaja.
“Terlalu laju, bahaya sangat-sangat Covid-19 ni. Kasihan tengok suami dan anak-anak semua.
“Jadi saya tak sampai hati dan terpaksa masuk bercampur dengan mereka semua untuk memberi ubat dan sebagainya.
“Demi anak-anak dan suami yang terlalu lemah, saya cuba kuatkan diri. Akhirnya malam tadi, saya juga disahkan positif Covid-19. Saya reda dengan ujian ini, insya-ALLAH,” katanya.
Terdahulu pada Khamis, Rebecca mendedahkan suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman dan enam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, Nor Aurora Riana serta tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.
Namun ketika itu, dia dan dua anak, Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif.
Kredit -Sinar Plus.
إرسال تعليق