Sensitif Dengan Komen “Haters”, 5 Fakta Mengenai RM BTS Yang Ramai Tidak Tahu!
loading...

Sebut sahaja RM BTS, sudah tentu peminatnya sudah terbayang akan kepimpinannya menjadi ketua kumpulan BTS, keperibadiannya yang matang, dan prihatin dalam memberikan pendapat dalam setiap pertanyaan yang diterima. 

Sensitif Dengan Komen “Haters”, 5 Fakta Mengenai RM BTS Yang Ramai Tidak Tahu!

 


Di sini kami ringkaskan beberapa fakta mengenai RM BTS yang ramai tidak tahu!

ARTIKEL MENARIK:Anjang Aki meninggal dunia akibat sesak nafas
loading...


Cinta & Pertimbangannya Terhadap Peminat

RM tidak pernah lupa untuk menyebut ARMY terlebih dahulu apabila BTS menerima sebarang anugerah.

Pertahankan Minat Walaupun Ditentang Keluarga


RM terpaksa menyembunyikan kertas helaian yang mengandungi lirik yang ditulisnya untuk mengelakkan sebarang masalah dengan ibunya, yang mahukan dia untuk fokus pada pembelajaran. Ibunya pernah merosakkan komputer dan mikrofonnya supaya RM  terus fokus .Akhirnya, dia berhadapan dengan ibunya dan meyakinkannya dengan bertanya sama ada dia lebih suka anak lelaki yang berada di tempat pertama atau anak lelaki yang berada di tempat ke-5000. Kegigihannya untuk tidak putus asa mengejar impian membawanya ke arah kejayaan yang dimahukan sekarang.



loading...


Menjaga Setiap Anggota 

Ketika J-Hope meninggalkan kumpulan sebelum debut mereka, RM melakukan segala yang mampu untuk membawanya kembali dan yakin bahawa J-Hope adalah bahagian penting dalam kumpulan mereka. Syukurlah, dia dan ahli kumpulan lain dapat meyakinkan agensi untuk membawanya kembali.

Cintanya Terhadap BTS Sangat Menyentuhkan Hati


Ketika Bang Si Hyuk bertanya kepada RM untuk memilih antara karier solo atau BTS, RM tanpa ragu-ragu memilih BTS.

Sangat Sensitif Terhadap Komen Haters


RM pernah mengaku bahawa dia telah menghabiskan masa 5 jam, bahkan 5 hari memikirkan komen haters seperti “saya benci dia” yang ditulis dalam 5 saat.

Dia turut menyatakan komen yang paling menyakitkan yang pernah dia dengar adalah “tinggalkan Bangtan”.



Kredit - Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post