Ramai selebriti Bollywood yang bertuah berkahwin dengan ahli perniagaan yang kaya. Anda ingin tahu siapakah selebriti Bollywood yang berkahwin dengan ahli perniagaan yang kaya? Scroll sampai habis okay!
ARTIKEL MENARIK:“Darurat, Lockdown Sudah, Letak Jawatan Bila?”- Caprice
Celina Jaitly
Celina Jaitly adalah antara selebriti Bollywood yang berkahwin dengan ahli perniagaan yang kaya. Celina berkahwin dengan Peter Haag, seorang lelaki Austria yang kaya raya. Perkahwinan mereka dikurniakan anak kembar dan seorang anak lelaki yang sangat comel.
Suami Celina Jaitly mempunyai syarikat sektor hospitaliti yang mempunyai jaringan di pelbagai negara seperti Dubai dan Singapura.
Sonam Kapoor
Aktres Bollywood, Sonam Kapoor juga berkahwin dengan ahli perniagaan yang kaya-raya, Anand Ahuja. Mereka berkahwin pada 8 Julai, 2018. Anand Ahuja merupakan usahawan fesyen yang terkenal dan terbesar di India.
Suami kepada Sonam Kapoor memiliki dua syarikat yang berbeza, iaitu syarikat pakaian berjenama Bhane, dan syarikat yang menjual kasut berjenama VegNonVeg. Selain dari dua syarikat itu, Anand Ahuja juga merupakan pewaris kepada syarikat milik ibu bapanya.
Juhi Chawla
Juhi Chawla yang merupakan bekas pemenang Miss India Beauty Pageant berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang kaya pada tahun 1995 dan dikurniakan dua orang anak.
Juhi Chawla berkahwin dengan Jay Mehta, pemilik Mehta Group. Perniagaan suami kepada Juhi Chawla ini telah tersebar di di pelbagai negara selain India seperti, Australia, Kanada, USA, dan Afrika.
Shilpa Shetty
Shilpa Shetty berkahwin dengan ahli perniagaan yang kaya, Raj Kundra pada tahun 2009. Suami kepada Shilpa Shetty merupakan seorang ahli perniagaan British-India yang memiliki beberapa perniagaan yang sukses. Antara perniagaannya adalag Groupco Developers dan TMT Global. Raj Kundra dilaporkan tersenarai dalam senarai usahawan yang berjaya dan kaya di Asia dalam The Success Magazine.
Rani Mukerji
Rani Mukerji berkahwin dengan seorang pengarah terkenal, Aditya Chopra. Suami kepada Rani Mukerji ini merupakan seorang pengarah filem terkaya di negara itu. Aditya adalah lelaki di sebalik Yash Raj Films dan anak lelaki kepada Yash Chopra, pengarah sekaligus produser kenamaan di India. Pada tahun 2018, kekayaan yang dimiliki oleh Aditya Chopra mencapai angka 960 juta dolar.
Kredit -Hangat.com
Post a Comment