(VIDEO) Kecoh Dalam Dewan Parlimen, Netizen Kasihan Lihat Penterjemah Bahasa Isyarat
loading...

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat telah berlangsung sejak dari pagi tadi dan tidak sampai sejam bersidang, suasana dalam dewan tersebut bertukar panas apabila berlaku pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun dan wakil rakyat pembangkang.

(VIDEO) Kecoh Dalam Dewan Parlimen, Netizen Kasihan Lihat Penterjemah Bahasa Isyarat

 


Menurut laporan Berita Harian, kekecohan itu bermula apabila wakil rakyat pembangkang meminta penjelasan daripada Azhar Azizan berhubung ketiadaan perbahasan, usul dan undian mengenai Proklamasi dan Ordinan Darurat pada sidang khas berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Firdaus Wong Kagum Dengan Keikhlasan Nadir, Tapi Lain Pula Reaksi Netizen
loading...


Namun, selain daripada kehangatan ketika sidang tersebut, terdapat perkara lain yang turut menarik perhatian netizen apabila melihat kesungguhan seorang penterjemah bahasa isyarat yang tidak henti menterjemahkan ayat-ayat daripada sidang parlimen yang datang secara bertubi-tubi.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter bernama @SinYew, dilihat wanita pada kotak kecil di bahagian bawah televisyen itu dilihat tak berhenti-henti menjalankan tugasnya untuk memastikan orang kurang upaya (OKU) mendapat maklumat dan mengetahui apa yang dibahas oleh Ahli Parlimen terlibat.

Kesian sign language interpreter on duty today #Parlimen pic.twitter.com/gNaodfmSCo

— Sin Yew (@S_Y_New) July 26, 2021

Perkara itu menjadi perbualan dalam kalangan netizen apabila rata-rata daripada mereka melahirkan rasa simpati dengan tugas yang dilakukan olehnya.




loading...


Terdapat netizen yang turut mengucapkan tahniah kepada penterjemah bahasa isyarat itu yang berjaya mengikuti kelajuan Ahli Parlimen yang sedang bersidang itu berkata-kata.

Susulan kejadian tersebut, dikatakan penterjemah yang sepatutnya bertugas pada pagi ini telah pun bertukar kepada orang lain.


Walaubagaimanapun, netizen tetap memuji tindakan yang dilakukan oleh tukang penterjemah bahasa isyarat itu yang membantu golongan OKU supaya mudah faham akan situasi yang berlaku selain turut teruja melihat ketenangannya menterjemah walaupun banyak suara diucapkan dalam satu masa.

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 49,000 jumlah tontonan serta 1,376 tweet semula.

Kredit: Twitter Sin Yew I Kosmo! I Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post