Viral Rakaman MP Rina Harun Berjoget, Ini Pendedahan Pembantunya
loading...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun telah meninggalkan majlis Bersatu yang diadakan di sebuah dewan hotel yang dilihat dalam video viral menunjukkan sekumpulan orang menari, menurut seorang pegawai menteri itu.

Viral Rakaman MP Rina Harun Berjoget, Ini Pendedahan Pembantunya



Ketika dihubungi, pegawainya berkata Rina, yang juga ketua Wanita Bersatu, telah merasmikan majlis itu tetapi dia sudah tidak ada di sana ketika kumpulan yang dilihat dalam video itu mula berjoget.

ARTIKEL MENARIK:Perarakan Mogok Aman Disertai Oleh Doktor Kontrak Di Beberapa Hospital
loading...


“Mungkin sebelum atau sesudah majlis itu. Tapi dia tidak ada ketika itu terjadi.

“Dia tidak terlibat dalam apa jua keadaan pun,” kata pembantu itu kepada Malaysiakini.

Pembantu itu juga mengesahkan ajlis tersebut diadakan pada bulan April di sebuah dewan ballroom hotel di Glenmarie, Shah Alam.

The Star pula memetik Shah Alam OCPD Baharuddin Mat Taib berkata acara itu dipercayai telah berlangsung pada bulan April.

“Kami akan menyiasat untuk melihat apakah ada kesalahan yang dilakukan.

“Kami akan memeriksa lebih lanjut,” kata Baharuddin.

Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini berkongsi video berdurasi satu minit 35 saat di Facebook tanpa penjelasan bertuliskan “Fuhhhhh!”

Hantaran itu menarik lebih 25,000 komen, yang kebanyakannya marah dan kecewa terhadap pelanggaran prosedur Covid-19 yang jelas ketika rata-rata rakyat Malaysia masih berada di rumah kerana penutupan.



loading...


Ramai yang menyorot kain rentang program yang menunjukkan Rina dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu, serta menunjukkan beberapa peserta yang tidak menjaga penjarakan fizikal atau memakai pelitup muka.

Jumlah jangkitan baru Covid-19 hari ini meningkat kepada 17,045 paling tinggi sejak tiga hari berturut-turut tertinggi – menjadikan kes terkumpul melepasi sejuta jangkitan.

SUMBER/KREDIT: FB Najib Razak, Malaysiakini via KL Viral



-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post