Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah baru-baru ini didakwa menjadi punca kepada penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Pelakon Lana Nodin sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk Dr. Hisham meletakkan jawatannya. Muat naik di Instagram, Lana bersyukur netizen terbuka mata untuk menentukan siapa yang betul dan salah.
ARTIKEL MENARIK:Zulin Aziz Persoalkan Saman RM200k Siti Nordiana, Tapi Kenapa Netizen Naik Angin?
Murai MY senaraikan empat sebab kenapa Lana Nodin dan netizen menuntut Dr. Hisham untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan dengan segera;
#1 Salah Guna Kuasa
Di story Instagram, Lana berkongsi posting seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Dr.Mathen. Ujar lelaki itu, Dr. Hisham telah menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang Ketua Pengarah Kesihatan terhadap doktor kontrak.
Foto – @lananodinmckienzie (Instagram)
“Ketika doktor kontrak mahu mogok hanya kerana mereka mahukan syarat kerja yang lebih baik, anda telah membangkitkan isu etika dan sumpah mereka. Tetapi di manakah prinsip anda? Ini jelas penyalahgunaan kuasa!”, tulis lelaki itu.
Tambahnya, Dr. Hisham tidak memainkan peranannya sebagai ketua pengarah dengan betul apabila tidak membela nasib doktor kontrak yang hanya mahukan penjelasan tentang kerja dan penyerapan sebagai doktor tetap.
#2 Strategi Untuk Tunda Sidang Parlimen
Video pendek yang dikongsi oleh Lana telah menunjukkan Speaker membaca surat pengesahan oleh Dr. Hisham mengenai ahli parlimen yang disyaki positif COVID-19.
Manakala di Twitter pula, netizen mengatakan ia merupakan strategi Dr. Hisham untuk menunda persidangan Parlimen dan mempermainkan rakyat.
“Strategi pertama, tunda sehingga pukul 3:30 petang. Strategi kedua, Dr. Hisham menyebut kes positif dan menunda sehingga pukul 5 petang. Strategi ketiga, beberapa menteri positif COVID-19, oleh itu sidang khas akan ditunda.”
Foto – @lananodinmckienzie (Instagram)
#3 Punca COVID-19 Menular
Dr. Hisham juga didakwa menjadi punca kepada penularan COVID-19 di Malaysia. Kata netizen di Twitter, Dr. Hisham telah menyebabkan rakyat Malaysia terbunuh kerana sikap berat sebelahnya. Malah dia meminta Dr. Hisham untuk letak jawatan dengan segera.
Foto – @lananodinmckienzie (Instagram)
Di Facebook pula, seorang pengguna mengatakan peranan Dr. Hisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan telah menyebabkan agenda politik terlibat secara langsung. Tambahnya, nasihat dan saranan Dr. Hisham telah menyebabkan Malaysia terpaksa menghadapi Darurat bagi elakkan penularan COVID-19.
#4 Kuasa Melebihi YDPA
Pelakon Lana Nodin pula menyatakan Dr. Hisham mempunyai kuasa melebihi Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Katanya Dr. Hisham menggunakan alasan COVID-19 bagi menghentikan persidangan Parlimen, manakala YDPA meminta persidangan itu berjalan seperti yang dijadualkan.
Tambah pelakon itu, dia meminta netizen menentukan sendiri siapakah yang betul dan salah serta berfikir siapakah yang memainkan peranan dan kuasa yang penting sekarang.
Foto – @lananodinmckienzie (Instagram)
“Jadi… Siapa lebih berkuasa? Dan nak dengar cakap siapa?”, dedah Lana.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق