KLUANG – Seorang warga emas meninggal dunia selepas Perodua Ativa yang dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan berhadapan Majlis Perbandaran Kluang disini pagi hari ini.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Shamsul Amri Mohd. Shahab, mangsa dikenali sebagai Tan Tian Seng, 71, dari arah arah Jalan Kota Tinggi menghala ke Bandar Kluang.
ARTIKEL MENARIK:Terkini, Dua Lagi Pekerja Dari Kilang Sama MninggaI Dunla, Sudah 18 0rang Jumlahnya.
Beliau berkata, terdahulu mangsa terperangkap dalam kereta tersebut dan dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO), dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Sebuah jentera FRT, EMRS dan Unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang dengan kekuatan 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 pada jam 9.59 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian PKO bertindak membuka pintu kereta mangsa dan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dalam tempoh 5 minit, ” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan bahawa si mati adalah pesakit Covid-19.-K! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
إرسال تعليق