Demam Selepas Vaksin, Apa Yang Perlu Kita Lakukan?
loading...

Nampaknya kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat dan tidak menunjukkan penurunan kes. Program vaksinasi juga telah disebarkan secara intensif kepada pelbagai lapisan masyarakat bagi membentuk imuniti berkelompok dan melawan virus ini dengan lebih baik.

Demam Selepas Vaksin, Apa Yang Perlu Kita Lakukan?



Perkhidmatan vaksin juga akan diberikan untuk kanak-kanak dan remaja yang berusia 12-17 tahun tidak lama lagi. Vaksin bertujuan untuk membentuk antibodi dan dapat mengurangkan gejala yang lebih teruk apabila terkena jangkitan virus Covid-19.

ARTIKEL MENARIK:Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu
loading...


Purata menunjukkan ada sebilangan besar yang akan mengalami beberapa kesan sampingan setelah mengambil vaksin. Pakar menjelaskan bahawa kesan sampingan ini adalah perkara biasa. Ini adalah cara badan bertindak balas dan menerima vaksin yang masuk ke dalam tubuh.

Vaksin yang disuntik ke dalam tubuh akan membentuk antibodi dan semasa proses pembentukannya, kadang-kadang boleh menyebabkan tindak balas seperti demam, sakit badan, sakit kepala dan sebagainya.

Jadi, untuk memastikan keadaan lebih terkawal, orang ramai disarankan untuk terus menerapkan gaya hidup sihat sehingga tubuh akan pulih dengan lebih cepat dari kesan vaksin. Bagaimanakah caranya? Jom kita tengok!


via utusan

1. Rehat Selepas Mengambil Vaksin

Ini tidak bermakna anda boleh bebas kesana kesini selepas selesai mengambil vaksin. Badan perlu rehat selama 15-30 minit dan selepas itu, anda perlu segera pulang dan cuba berehat semula untuk melihat tindak balas badan dan memulihkan kembali stamina.

Sekiranya anda mengalami gejala ringan seperti kebas atau lenguh dibahagian sebelah tangan yang disuntik, anda boleh cuba melakukan pergerakan ringan seperti memusingkan lengan supaya tangan akan berasa lebih selesa dan sekiranya anda berasa pening, anda boleh cuba mengambil panadol bagi melegakan kesan ringan tersebut.

Jika kesan berlanjutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera.

2. Makan Makanan Yang Berkhasiat


via CNN

Kita juga harus memastikan makanan yang diambil mengandungi nutrisi yang seimbang untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh. Contohnya, memakan makanan yang mengandungi vitamin C dan D.

Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan yang akan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Pengambilan vitamin C juga terbukti dapat mengurangkan gejala jangkitan pernafasan. Manakala vitamin D pula berfungsi untuk menguatkan sistem imun serta dapat melawan jangkitan.


loading...


3. Minum Minuman Isotonik


via Hellodoktor

Sewaktu kita demam, badan akan berusaha untuk kembali kepada suhu normal melalui peluh. Keadaan ini juga boleh menyebabkan ION badan keluar sehingga cenderung untuk berlakunya dehidrasi. Sebenarnya setiap kenaikan suhu 1 darjah, badan akan kehilangan 10 peratus cecair.

Kerana itu, anda digalakkan untuk mengambil minuman yang mengandungi ION sebagai contoh, 100 plus atau minuman isotonik yang boleh menjadi salah satu kaedah yang berkesan untuk mengekalkan cecair dalam badan dan mencegah risiko dehidrasi ketika anda demam selepas mengambil vaksin.

4. Ambil ‘Supplement’ Jika Perlu


via holistic.medicine.com

Walaupun kita mengambil pelbagai jenis makanan setiap hari, tidak semestinya keperluan pemakanan kita dapat dipenuhi terutama jika aktiviti kita masih padat.

Untuk itu, tidak ada salahnya memenuhi pemakanan secara optimum dengan mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin dan mineral. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah penyakit tertentu atau gejala sederhana selepas vaksin, lebih baik anda berjumpa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ‘supplement’.

Amalkan juga gaya hidup yang sihat dan kerap mengambil makananan yang lebih seimbang.

Semoga kita semua dijauhi dari segala penyakit dan kita menang untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini. Amalkan ‘lockdown‘ kendiri. Kekal di rumah dengan gaya hidup yang sihat bersama keluarga tersayang.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post