Disaman Diva AA RM5 juta, Che Ta tak goyang, mahu ikut saluran undang-undang
loading...

Berdepan saman sebanyak RM5 juta oleh Azwan Ali, hari ini Che Ta dilihat memberi keterangan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selama lebih 3 jam bagi melancarkan siasatan.

Disaman Diva AA RM5 juta, Che Ta tak goyang, mahu ikut saluran undang-undang



Pelakon yang menghampiri usia 50 tahun itu dilihat hadir ke balai polis tengah hari tadi bersama pasangan Zain Saidin serta pengurusnya, Afeeq.

ARTIKEL MENARIK:“Inikah Yang Layak Jadi Pemimpin?”- Izwan Azir Saleh
loading...


“Nak bagi kerjasama dan melancarkan siasatan”

Hanya memberi komen ringkas selepas dinasihatkan untuk tidak memberi terlalu banyak kenyataan, pelakon itu menjelaskan kedatangannya pada hari ini hanya bertujuan untuk melancarkan proses siasatan dan memberi kerjasama.

Che Ta bagaimanapun dikatakan telah memadam tweet yang dimuatnaiknya kerana memilih untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya delete posting saya selepas itu kerana waktu tersebut tengah marah. Sebenarnya kalau tengok pergerakan saya, saya tak nak benda ni panjang. “

“Dia pun dalam industri yang sama. Tak perlu musuh”


loading...


Tambah Che Ta lagi, dia berharap kemelut yang dialami ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik namun tidak menolak sekiranya Azwan Ali mahu meneruskan saman terhadapnya.

Menurut pelakon itu, dia akan menggunakan proses undang-undang bagi menyelesaikan isu ini.

Terdahahulu, Diva AA dikatakan telah membuat laporan polis berserta saman kepada seorang selebriti wanita selepas dia dikatakan menyebar fitnah mengenai dirinya.

kan Sumber: gempak via Oh My Media


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم