SETELAH 65 jam bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19, penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berita sedih itu diumumkan sendiri suami Sarah, Shuib dan syarikat pengurusannya, Indigital Music sebentar tadi.
ARTIKEL MENARIK:‘Saya Baru Dimaklumkan Oleh Dktor Keadaan Sarah Tidak Okay’ – Okslgen Siti Sarah Turun Kpd 40 Peratvs
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu,” ujar Indigital Music dalam satu kenyataan media pada 5.44 pagi.
Terdahulu penyanyi yang mula meledak dengan lagu Kesetiaan itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM selepas tahap oksigen menurun setelah dijangkiti virus itu pada 27 Julai lalu.
Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.
Sejak itu, keadaan Sarah mula merosot dan baik seketika sebelum doktor memaklumkan paras oksigen dalam badan penyanyi itu berkurangan kepada 40 peratus pada malam Ahad.
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan selama sedekad itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan yang baru berusia tiga hari.
Berita berkaitan
- “Ramai Sayang, Syurga Buat Mu Sarah” – Rakan Selebriti Titip Doa Atas Pemerg1an Siti Sarah
- Siti Sarah sempat tunai ibadah k0rban di G4za, Nadir Al-Nuri kongsi mesej terakhir – “Seolah-olah dia mengejar timbangan amal kebaikan terakhir”
- Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia
- ‘Saya Baru Dimaklumkan Oleh Dktor Keadaan Sarah Tidak Okay’ – Okslgen Siti Sarah Turun Kpd 40 Peratvs
- ‘Itu Keadaan Dia Pada Hari Jumaat’ – Shuib Jawab Persoalan Netlzen Mengenai Rakaman Suara ViraI
- Elly Mazlein Dimasukkan Ke H0spita tp tetap tk pvtus d0akan Buat Siti Sarah
- ‘Keajalban Itu Berlaku Depan Mata Saya’ – Shuib Syukur Siti Sarah Akhirnya Stabil
- Akhirnya Bapa Siti Sarah Pula Tampil Lu4h Sesuatu
- Tahap oksigen Sarah tunjukkan perkembangan positif – Shuib kongsi perkembangan terkini Sarah
- Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya”
- [Video]“Siti Sarah Terpksa Dimasukkan Ke lCU, 0ksigen Semakin Tak $tabiI, ”- Shuib
- “MasyaAllah Semoga Diangkat Semua Kesakitan,” – Shuib & Anak-Anak ‘Video Call’ Siti Sarah Di Hospital, Netizen Tumpang Sedih
Post a Comment