Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai isu Caprice yang tidak mahu pulang ke Malaysia sekiranya kerajaan tidak bertukar dalam masa terdekat.
Caprice menyuarakan suara hatinya itu dalam satu sesi live bersama rakan selebriti, Sharnaaz Ahmad sambil menangis kerana gagal menahan emosinya.
ARTIKEL MENARIK:Yasin pelik kenapa ada rakan artis tak sokong Anwar, sekali Andy Flop Poppy bagitahu dia tak mahu Anwar utk memimpin negara
Namun semalam, soalan peminat telah meninggalkan soalan cepumas di ruangan komen akaun Instagram Caprice.
Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai isu Caprice yang tidak mahu pulang ke Malaysia sekiranya kerajaan tidak bertukar dalam masa terdekat.
Caprice menyuarakan suara hatinya itu dalam satu sesi live bersama rakan selebriti, Sharnaaz Ahmad sambil menangis kerana gagal menahan emosinya.
Namun semalam, soalan peminat telah meninggalkan soalan cepumas di ruangan komen akaun Instagram Caprice.
Menjawab soalan peminatnya itu, Caprice memberitahu yang dia berharap supaya perkara itu tidak benar-benar belaku. Tambahnya lagi, dia tidak suka sentiasa menjadi betul.
Hari ini Malaysia digemparkan dengan berita Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan beliau dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana. Kemungkinan satu kerajaan baru akan dibentuk tidak lama lagi.
Caprice dalam masa yang sama telah memuat naik beberapa status di akaun Instagramnya yang menyatakan harapannya supaya Hisyammudin Hussein, Menteri Kanan Luar Negeri dilantik sebagai perdana menteri yang baru.
Menurutnya lagi, pemilihan itu dibuat berdasarkan jangkaan dan pemerhatiannya yang melihat Hishamuddin antara calon yang sesuai berdasarkan ‘agenda dunia’.
Selain dari menteri itu, Anwar Ibrahim turut dipilihnya sebagai calon yang boleh megambil alih jawatan Perdana Menteri.
“Yang paling sesuai dengan agenda dunia ialah Hishamuddin atau Anwar Ibrahim. Kalau kita kaji siapa dia baru berjumpa atau siapa di belakang dia, apa dia buat baru-baru ini.”
Nama ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li turut menjadi calon pilihan Caprice berdasarkan faktor senioriti.
Terdahulu,
Caprice Akhirnya Beritahu Bila Dia Akan Pulang Ke Malaysia
Nama Caprice sebelum ini menjadi sebutan apabila tampil mendedahkan tentang tegurannya terhadap personaliti dakwah, Ebit Lew selepas mendakwa dia menerima rungutan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah kesayangan ramai berkenaan menghulurkan bantuan.
InsyaAllah saya akan kembali selepas saya tunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada rakyat Palestin.
Susulan pendedahan tersebut, Ebit Lew dipercayai telah menyekat akaun Instagram Caprice.
Sementara itu, Caprice turut membuat permohonan maaf terhadap kedua ibu bapanya kerana mencetuskan kebimbangan.
Pendedahan yang dibuat Caprice mengenai misi kemanusiaan Ebit Lew yang didakwa tidak disenangi penduduk Palestin.
Akan Pulang Bila Selesai Tunai Janji Kepada Rakyat Pal3stin
“Saya minta maaf pada ibu dan ayah kerana buat kalian risau tentang keselamatan saya. I love you and my intention since the day I chose to go on my own at 16 (years old) was only to make you proud.
“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.
“InsyaAllah saya akan kembali selepas saya tunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada rakyat Palestin,” ujarnya.
Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.
CAPRICE MENANGIS MUNGKIN TAK NAK BALIK MALAYSIA SELAGI TAK TUKAR KERAJAAN
Terdahulu selebriti media sosial terkenal iaitu Caprice telah membuat sesi siaran langsung di Instagramnya bersama beberapa individu.
Pada awalnya kelihatan seorang pelajar Malaysia yang berada di Cairo dan beberapa orang berbangsa Arab.
Namun kemudiannya kelihatan pelakon popular iaitu Sharnaaz Ahmad Pula muncul dalam sesi live berkenaan.
Dalam sesi live yang di tonton oleh hampir 245 ribu penonton itu, ramai yang ternanti-nanti apa yang mahu didedahkan oleh Caprice selepas dia membuat pendedahan mengenai Ustaz Ebit Lew yang telah menyekat akaun Instagramnya di Insta Story.
Tetapi di hujung sesi live tersebut bersama Sharnaaz, Caprice telah mendedahkan satu ‘rahsia’ iaitu dia mungkin tidak akan pulang ke Malaysia sekiranya kerajaan tidak bertukar dalam masa terdekat ini.
Caprice juga dilihat menitiskan air mata dalam sesi live berkenaan kerana sudah tidak mampu menahan emosinya.
Katanya lagi, terdapat mainan politik kotor yang berlaku, namun segalanya akan didedahkan dengan lebih lanjut pada 21 Julai ini.
Polis tidak siasat Caprice
PETALING JAYA: Tiada sebarang kertas siasatan dibuka terhadap penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice berhubung kenyataan beliau yang mempersoalkan tindakan pendakwah, Ebit Lew ketika misi kemanusian di Gaza, Palestin baru-baru ini.
Malah, setakat ini tiada sebarang laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, walau bagaimanapun orang awam adalah dinasihatkan untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan yang berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang kerana ia merupakan satu kesalahan.
Kata beliau, tindakan itu boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah selain Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
“Siasatan juga bol3h dijalankan m3ngikut S3ksy3n 505 Kanun K3s3ksaan k3rana k3nyataan yang bol3h m3ndatangkan khianat awam dan S3ksy3n 233(3) Akta Komunikasi dan Multim3dia Malaysia 1998 k3rana p3nggunaan tidak wajar k3mudahan rangkaian atau p3rkhidmatan rangkaian.
“Just3ru itu, orang ramai dinasihati agar tidak m3ns3nsasikan isu ini dan tindakan t3gas tanpa kompromi akan diambil jika m3ndapati wujud p3langgaran undang-undang s3bagaimana yang dinyatakan,” katanya dalam satu k3nyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Caprice memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Ebit secara terbuka di Instagramnya.
Menerusi entri tersebut, Caprice turut mengakui kesilapan akibat bertindak mengikut emosi kerana perjuangannya demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia.
Media sebelum ini melaporkan, kontroversi berkenaan didakwa dicetuskan oleh Caprice apabila menegur Ebit selepas dia menerima rungutan daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.
Caprice yang kini dalam Misi Kemanusiaan Untuk Palestin mendakwa kecewa dengan pendakwah terkenal itu kerana menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza sebagai bahan kandungan di media sosial.
Sumber: Instagram @capriceofficial via Trending Kini
إرسال تعليق