Memandangkan banyak sektor dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dibenarkan beroperasi semula, pelakon dan penyanyi, Linda Rafar meminta orang ramai untuk tidak bersikap pentingkan diri sendiri.
Menerusi story Instagramnya, Lina mendedahkan kini ramai individu mula keluar dari rumah untuk berjumpa dengan orang lain dan juga makan di restoran. Kongsinya lagi, terdapat juga beberapa individu yang mula tidak memakai topeng muka ketika keluar.
ARTIKEL MENARIK:Harith Iskander Persoalkan ‘Billboard’ Gambar PM Di Yan Kedah. Memang Masuk Akal!
Foto – Kosmo
“Kejap je manusia nak insaf dan takut dengan covid ni. Now dah bersepah keluar jumpa orang, dine in, lepak dengan kawan-kawan tanpa mask. Mungkin diorang fikir covid ni main-main kot.”
Tambah pelakon dan penyanyi ini, dia mendedahkan tindakan sebegini boleh memberi kesan dan merisikokan keselamatan orang lain. Akuinya, beberapa pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh menyebabkan kenaikan kes harian COVID-19.
Foto – @lindarafar (Instagram)
“Orang macam kita yang stay at home dan work from home ni akan terkesan bila covid ni makin merebak dan kes masih tinggi.
Tolonglah jangan selfish sangat. Biarlah case turun baru fikir nak lepak, dine in atau pergi cuti”, luahnya.
Walaupun beberapa negeri dalam PPN Fasa 1 dibenarkan keluar dengan mengamalkan SOP yang ketat, Linda berharap orang ramai untuk tidak mementingkan diri. Malah dia juga berharap agar orang ramai dapat menunggu dan tidak tergopoh untuk keluar sehingga kes harian COVID-19 turun ke paras yang tidak membimbangkan.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق