Kenali Fanzi Ruji, Penyanyi Malaysia Yang Kalahkan 4,000 Peserta Seluruh Dunia Dalam #HeartAttackChallenge
loading...

Nama penyanyi Fanzi Ruji menjadi sebutan ramai di media sosial sejak beberapa hari yang lalu berikutan memenangi cabaran nyanyian di dalam aplikasi TikTok yang telah dianjurkan oleh seorang YouTuber yang juga komposer terkenal Amerika Syarikat, David Micheal Frank.

Kenali Fanzi Ruji, Penyanyi Malaysia Yang Kalahkan 4,000 Peserta Seluruh Dunia Dalam #HeartAttackChallenge



Fanzi Kalahkan Lebih 4,000 Peserta 


ARTIKEL MENARIK:Tahap oksigen Sarah tunjukkan perkembangan positif – Shuib kongsi perkembangan terkini Sarah
loading...



Dalam pertandingan #HeartAttackChallenge yang dianjurkan, peserta perlu menyanyikan beberapa bait lagu asal Demi Lovato itu yang sedia maklum mempunyai ‘nada’ yang tinggi dan sukar untuk dinyanyikan. Lebih membanggakan, Fanzi bukan sahaja telah memenangi tempat pertama cabaran itu, malah dia berjaya mengalahkan lebih 4,000 peserta di seluruh dunia yang turut menyertai #HeartAttackChallenge.

3.5 Juta Tontonan Di TikTok 

Pengumuman keputusan itu dibuat oleh Frank menerusi laman YouTube nya dan menerusi carian Murai.my, video nyanyian Fanzi telah mendapat 3.5 juta tontonan di laman TikTok. Susulan itu, ramai pengikutnya mengambil kesempatan membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Sekadar info,pada tahun lalu nama Fanzi mula mencuri perhatian apabila kelunakan suaranya menyanyikan lagu asal Judika, Tersenyumlah Sobat telah dipilih oleh penyanyi popular Indonesia itu ketika menganjurkan sesi duet bersama peminat di laman Isntagram.

Dengan kemampuannya mencapai nada suara yang tiggi, Judika memuji bakat yang dimilikinya dan turut mengikuti semula akaun Instagram Fanzi.


loading...


“Suara nya bagus, ada warna, kawalan mantap. Rugi jika label tidak ambil menjadi penyanyi,” komen Judika

Fanzi Ruji yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sabah turut mempunyai sebuah single berjudul Hati Nan Rapuh.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post