Kronologi Kes Pendakwah, Ustaz Budak Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki
loading...

Masih tular mengenai seorang pendakwah yang dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ atau Mudir pondok telah direman sejak 6 Ogos lalu, bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual yang dilakukan terhadap remaja lelaki berusia 13 tahun di Tanah Merah, Kelantan.

Kronologi Kes Pendakwah, Ustaz Budak Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki



Kejadian Berlaku Jam 8.00 Pagi


ARTIKEL MENARIK:“Bangunlah sayang,” Isteri Terpksa Ditidurkan Untuk Lahirkan Anak, Sehingga Hari Ini Masih Belum Sedar
loading...


Dipetik dari Sinar Harian, kejadian berlaku pada jam 8.00 pagi di sebuah kediaman di Kampung Sat Tengah dekat Tanah Merah, Kelantan.

Menurut laporan pendakwah berkenaan mengadu mengalami sakit badan dan meminta mangsa untuk mengurutnya di dalam bilik.


Foto – Kosmo

Mangsa Segera Keluar Dari Bilik

Dipetik dari Berita Harian Online, pendakwah tersebut melakukan amang seksual terhadap mangsa tersebut sebelum berjaya keluar dari bilik dengan memberi alasan hendak ke bilik air.


loading...


Laporan Polis Dibuat

Sejurus kejadian tersebut, mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 10.44 malam dan pihak polis berjaya menahan pendakwah tersebut pada jam 1.00 pagi di rumahnya di Machang, kelantan.


Foto – Kosmo

Siasatan Masih Berjalan

Pendakwah berusia 33 tahun itu direman selama enam hari bermula pada 6 Ogos 2021 lalu dan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Semoga kes pencabulan ini dapat diselesaikan segera dan dapat memberi keadilan buat mangsa bawah umur ini.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post