Mayat wanita terbakar ditemui di padang bola
loading...

GOMBAK – Mayat seorang wanita warga tempatan ditemui dalam keadaan meniarap dengan kesan terbakar pada seluruh tubuh badan di sebuah padang bola di Bukit Idaman, Selayang di sini pagi tadi.

Mayat wanita terbakar ditemui di padang bola

 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

ARTIKEL MENARIK:Terus Melonjak, 19,819 Kes COVID-19 Hari Ini
loading...


“Bertindak di atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah ke tempat kejadian bersama Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang berasal dari Selayang dan semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dia datang ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta kira-kira pukul 1 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainal, sejurus tiba di lokasi kejadian, wanita berkenaan telah keluar dari kenderaan dan berjalan menuju ke arah padang bola bersama satu objek yang menyerupai sebuah tong plastik.



loading...


“Turut ditemui di tempat kejadian adalah barangan peribadi serta barang kemas milik wanita tersebut.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut namun siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR),” ujar beliau. – K! ONLINE

 

Kredit - Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post