Hantaran terbaharu usahawan dan penyanyi rap Caprice telah menarik perhatian ramai apabila dia memuatnaik foto seekor Tupai di laman Instagram.
Cetus Pelbagai Spekulasi
ARTIKEL MENARIK:SubhanAllah Ini keadaan M4yat lelaki warga emas yg hil4ng dlm kejadian kepala air di Gunung Jerai
Dalam hantaran tersebut, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli turut meninggalkan kapsyen ringkas sebuah emoji bertih jagung seolah-olah sedang menyaksikan satu per satu pendedahan atau isu sedang dikupas di Malaysia.. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen telah dibanjiri oleh netizen.
Ada yang menyifatkan foto tersebut seperti merujuk kepada pepatah ‘Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’ bagi menggambarkan situasi yang hangat diperkatakan kini. Dan tidak kurang juga yang mengecam tindakan pelantun BAL ini seperti ingin mengeruhkan lagi keadaan yang melibatkan umat Islam.
“Ouh ini la rupanya tugas orang yang nak satukan ummah. Hmm sangat mulia. Cantik cap”
“Dah-dah la tu hidup menyindir. Tiba-tiba je post tupai la popcorn la.. ada-ada saja kau ni? Ragu-ragu orang nak follow kau rapatkan saf ni? Betul ke tak betul saf nya ni..aishhh risau” tulis mereka
Rumah Ebit Diperiksa
Dalam perkembangan lain, semalam Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai pendakwah terkenal,Ustaz Ebit Lew hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung satu dakwaan gangguan seksual di Bukit Aman. Susulan itu, polis turut mengesahkan pihak mereka telah membuat pemeriksaan di rumah Ebit bagi melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.Ebit dalam sebuah kenyataan menyifatkan tuduhan kes ini sebagai satu fitnah yang melampau bagaimanapun dia memaafkan mereka yang memfitnahnya.
Terdahulu, umum mengetahu hubungan Caprice bersama Ebit menjadi keruh disebabkan satu permasalahan yang timbul berkaitan misi bantuan dan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment