“Pemimpin Silih Berganti, Nyawa Yang Terkorban?”- Vie Shantie Khan
loading...

Selebriti media sosial, Vie Shantie Khan memberi respon terhadap keadaan semasa dalam negara dan politik yang boleh dikategorikan sebagai ‘huru-hara’.

“Pemimpin Silih Berganti, Nyawa Yang Terkorban?”- Vie Shantie Khan



Di Instagram Vie berkata pihak kerajaan perlu tahu bahawa setiap rakyat Malaysia kini mengambil tahu dan memerhati setiap gerak geri mereka. Ujarnya perebutan kuasa ketika pandemik tidak mendatangkan keuntungan.

ARTIKEL MENARIK:Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab
loading...


Malah ia memberi kesan yang buruk memandangkan negara masih ‘berjuang’ untuk menyekat penularan wabak.


Foto – @vieshantiekhan (Instagram)

“Nyawa hari-hari melayang. Mereka ingat semua ni rakyat tak ambil perhatian. Mereka tak tahu pemimpin silih berganti, tapi nyawa yang terkorban tak akan boleh dah hidup kembali!”, luahnya.

Tambahnya lagi, saban hari Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang tertinggi dan menjadi yang paling tinggi dalam dunia. Vie mendedahkan nyawa mangsa yang terkorban tidak boleh dikembalikan walaupun pemimpin bersilih ganti.


Foto – The Straits Times

loading...


Pada masa yang sama, dia mendakwa penularan wabak ini sudah tidak terkawal dan meminta pihak kerajaan untuk melakukan tugas dengan sehabis baik.

“Malaysia mencatatkan kes COVID yang ke-2 tertinggi di dunia. Siapa salah di sini? Rakyat? Doktor? Benda ini sudah tidak terkawal”, tulis Vie.

Akuinya perkara sebegini terjadi kerana pihak kerajaan tidak mengetahui hal sebenar yang dialami oleh rakyat. Malah mereka berkemungkinan besar tidak merasai kehilangan dalam keluarga akibat COVID-19.


Foto – Al Jazeera

“Nyawa rakyat yang terkorban amat menyayat hati. Mereka tak tahu apa rasanya bila terpaksa berdepan dengan situasi tanpa berjumpa emak, bapa, isteri, anak-anak, adik beradik dan saudara sendiri yang terkorban dan pulang ke negeri abadi”- Vie.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post