Sedih pemergian Siti Sarah, Tokti sebak, hanya mampu nyanyikan dua baris ‘Aku Bidadari Syurgamu’
loading...

IKATAN persahabatan yang terjalin antara dua penyanyi ini tidak dapat dipertikaikan lagi.

Sedih pemergian Siti Sarah, Tokti sebak, hanya mampu nyanyikan dua baris ‘Aku Bidadari Syurgamu’



Meniti populariti pada era yang sama, Datuk Sri Siti Nurhaliza terkesan dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah pada hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Sarah tak malu bersuamikan saya yang tidak ada apa-apa: Shuib
loading...


Semalam, beliau tidak mampu menyembunyikan kesedihan setiap kali mengetahui perkembangan terkini penyanyi berkenaan.

“Sarah kuat dan insya-Allah akan sihat seperti sedia kala. Ramai menyayangi dan tidak putus mendoakan kesembuhan Sarah.

“Moga doa kita diangkat Allah. Moga kedukaan ini dan apa yang dilalui saat ini cepat pergi. Insya-ALLAH,” katanya.

Hari ini, pemergian Siti Sarah memberikan kesan kepadanya. Siti Nurhaliza sugul dan sedih, tidak dapat menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu sepenuhnya.

Baca juga Sarah Tak Malu Bersuamikan Saya Yang Tidak Ada Apa-Apa: Shuib

“Hari ini @ctdk menjalani rakaman virtual show dan penganjur memilih salah satu lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu.


loading...


“Sebelum memulakan rakaman, @ctdk sudah memaklumkan bahawa beliau bimbang tidak dapat menyanyikan lagu tersebut kerana perasaan sedih dan sebak di atas pemergian sahabat artis, arwah @sitisarahraissuddin .

“Memulakan rangkap pertama lagu tersebut, hanya 2 baris sahaja mampu dinyanyikan dan beliau terus berhenti.

“Lalu kami memohon kepada penganjur untuk menukar lagu dan penganjur juga sangat memahami situasi hari ini,” kata pengurusnya, Rozi Abdul Razak.


Baca juga Siti Sarah ‘Pergi’ Setelah 65 Jam Ditidurkan, Berikut Kronologi Kehamilan Dan Jangkitan Covid-19 Dilaluinya

Menurut Rozi, ramai yang menggelarkan arwah Siti Sarah sebagai ‘bidadari’ menyebabkan Tokti tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu.

Sementara itu, menerusi Insta story, Tokti berkongsi foto pelangi yang indah dengan kapsyen yang menyentuh hati.

“Sambil tengok live Shuib tadi hujan turun lebat dan ada pelangi.

“Pemergian Sarah ada hikmah yang tersirat,” tulisnya.

Beliau juga berkongsi video kenangan Siti Sarah dan Shuib memberikan sokongan ketika Konsert Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung pada tahun 2019.

“Kak Iti memang tak mampu tengok video-video Sarah. Terlalu sedih,” katanya.

Siti Sarah meninggal dunia setelah 65 jam bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jangan lupa follow kami di Instagramvia Sinar Plus


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post