Pelakon dan pelawak, Shuib memohon kepada orang ramai agar tidak berkongsi foto atau video isterinya yang juga penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang tidak menutup aurat dengan sempurna sebelum ini.
Shuib Mohon Padam Foto Atau Video Arwah Tidak Tutup Aurat
ARTIKEL MENARIK:“Please Stay Strong.”-Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Yana Samsudin Positif COVID-19
Menerusi hantaran di laman Instagram nya pada Ahad, Shuib turut meminta jasa baik mereka untuk memadam foto atau video yang turut memperlihatkan aurat isterinya itu.
“Saya ada permintaan di mana saya mohon kepada semua untuk tidak lagi mengeluarkan gambar atau video Allahyarham yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.
“Saya juga mohon kepada yang telah memuat naik dalam media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut” tulis Shuib
Sedekahkan Al-Fatihah Jika Rindu
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad ini berharap agar kisah kebaikan Allahyarhamah tidak dihebohkan secara berlebih-lebihan dan sedekahkan Al-Fatihah buat Sarah sekiranya merindui akan penyanyi itu.
“Dan, saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan. Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. Insya-Allah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT,”
“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.
“Sama-sama kita terus istiqamah menuju ke jalan Allah SWT. Jika rindu kepada Allahyarham, sedekahkan al-Fatihah,” katanya.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos lalu yang meninggal dunia selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Allahyarhamah meninggalkan suami, Shuib serta empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan pada 6 Ogos 2021 menerusi kaedah pembedahan.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment