Siti Sarah ‘pergi’ setelah 65 jam ditidurkan, berikut kronologi kehamilan dan jangkitan Covid-19 dilaluinya
loading...

TIADA lagi suara lunak dan merdu, perginya penyanyi kesayangan Siti Sarah Raissudin pada pagi ini membawa khabar duka buat rakan artis dan peminatnya.

Siti Sarah ‘pergi’ setelah 65 jam ditidurkan, berikut kronologi kehamilan dan jangkitan Covid-19 dilaluinya



Masih terbayang-bayang lagi gelagat beliau di Instagram berkongsi video memasak, pemergiannya dirasai ramai. Malah pengumuman pemergiannya di laman Instagram Shuib menerima 116,000 ucapan takziah dan doa.

ARTIKEL MENARIK:Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah
loading...


Siti Sarah, 36, mendirikan rumah tangga dengan Shuib, ahli kumpulan Sepahtu yang juga seorang ahli perniagaan pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzakira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayyash Affan, tiga hari.

Berikut adalah kronologi kehamilan dan perjuangan Allahyarham melawan Covid-19 sehingga ke akhir hayatnya.


2 April 2021

Mengumumkan hamil

Siti Sarah umum hamil anak keempat. Menurutnya, dia dan Shuib telah menunggu untuk menimang cahaya mata keempat selama enam tahun.

26 Julai 2021

Pembantu positif Covid-19, Siti Sarah sekeluarga jalani ujian calitan

Siti Sarah terkejut apabila pembantu rumahnya positif Covid-19. Melalui Instagram, ibu yang penyayang ini menzahirkan kebimbangan kepada anak-anaknya dan bayi dalam kandungan yang memasuki tujuh bulan. Mereka sekeluarga menjalami ujian calitan pada hari tersebut di rumah.

“Jantung ni macam nk jatuh bila maid Sarah positif Covid. Sarah tak fikir apa-apa dah, yg sarah risau anak-anak dan baby dalam perut ni.

“Anak-anak Sarah sekarang ni tengah demam. Ya Allah berderau darah ni. Macam-macam benda Sarah fikir kalaulah Sarah dan suami positif, macam mana anak-anak. Kalau anak-anak pulak positif siapa nak jaga mereka di pusat kurantin.

“Minta jauh ya ALLAH. Kami satu keluarga baru je buat swab test harap-harap semua tidak ada apalah. Sarah kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan. Mohon doakan Sarah dan keluarga ya,” tulisnya.

27 Julai 2021

Sekeluarga disah positif Covid-19

Sarah mengumumkan bahawa dia sekeluarga disahkan positif Covid-19 menerusi laman Instagram. Walaupun beliau sekeluarga disahkan positif, namun Sarah menerimanya dengan berlapang dada positif bagi menjalani 14 hari.

“Assalamualaikum semua. Kami dah dapat dah keputusan swab test pagi ni. Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid-19.

“Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada.

“Mohon semua doakan kami sekeluarga mengharungii 14 hari ini. Kami serahkan semuanya kepada Allah insyaALLAH. Aaminn.

“Sarah dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi sebagai hikmah. Doakan Sarah dan famili segera sembuh. Terima kasih,” tulisnya.




loading...


5 Ogos 2021

Siti Sarah dimasukkan ke hospital

Setelah lebih seminggu disahkan positif Covid-19, Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami batuk berterusan sejak semalam menyebabkan tahap oksigen dalam badannya semakin menurun.

Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada Rabu, namun disebabkan keadaan terkini kesihatannya yang kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan dia terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.

Shuib menerusi perkongsian di laman Instagramnya telah memuat naik video Sarah yang sedang menggunakan bantuan oksigen memeluk anak-anak mereka sebelum dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans kira-kira 6.30 petang.

“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. AlLLAH Maha Segalanya,” tulisnya.

6 Ogos 2021

Ditidurkan

Siti Sarah Raisuddin kini dilaporkan dalam keadaan kritikal. Sarah telah ‘ditidurkan’ atas nasihat doktor.

“Pada jam 11 pagi tadi, doktor telah minta keizinan untuk tidurkan Sarah buat seketika. Kalau oksigen okay, insya-ALLAH baru boleh teruskan untuk jalani pembedahan keluarkan anak dalam kandungan,’ kata Shuib.

Pada jam 5 petang, Siti Sarah selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki secara pembedahan.

Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.

Bayi yang dilahirkan dinamakan Ayash Affan.


8 Ogos 2021

Paras oksigen menurun

Suami Siti Sarah, Shuib memaklumkan keadaan terkini Sarah tidak memuaskan apabila paras bacaan oksigen dalam badannya kembali menurun sehingga 40 peratus.

Menurut Shuib, sebelum memulakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk malam ketiga sebentar tadi, doktor memaklumkan keadaan kesihatan Sarah agak merosot.

“Tadi sebelum saya majlis sesi siaran langsung ini, saya baru dimaklumkan oleh doktor yang keadaan Sarah sangat tidak baik.

“Paras bacaan oksigen dalam badan Sarah kini menurun sehingga 40 peratus. Sekarang doktor tengah terbalikkan badan dia dan berusaha sebaik mungkin,” ujar Shuib yang memohon orang ramai agar terus mendoakan isterinya itu.

9 Ogos 2021

Siti Sarah meninggal dunia

Setelah 65 jam bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Berita sedih itu diumumkan sendiri suami Sarah, Shuib dan syarikat pengurusannya, Indigital Music.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Allahyarham Siti Sarah Siti Sarah Raisuddin dilahirkan pada 15 September 1984 memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001.

Beliau juga berjaya merangkul anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003.

Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori Artis Baru Wanita Terbaik.

Beliau bukan sahaja mengukir nama di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) dengan mnyumbang tiga emas buat negara.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.


Kredit -Sinar Plus.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم