Sultan Johor Dan Tmj Keluar Satu Ayat Yang Sangat Mendalam Dan Kebetulan Hari Ini Persidangan Raja Raja Untuk Pemilihan Perdana Menteri
loading...

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran berkaitan sifat-sifat orang munafik di media sosial Baginda.

Sultan Johor Dan Tmj Keluar Satu Ayat Yang Sangat Mendalam Dan Kebetulan Hari Ini Persidangan Raja Raja Untuk Pemilihan Perdana Menteri



Menerusi kemas kini tersebut, Sultan Ibrahim berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari yang menjelaskan tanda-tanda orang munafik.

ARTIKEL MENARIK:Wartawan Ini Ded4h Apa Akan Jadi Jika Ismail Sabri Menjadi Perdana Menteri
loading...


“Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia memungkiri dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati.”

pedasjohor-1.jpg

Sementara itu, semakan di Instagram Story Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula, baginda menulis: “A true leader cannot be bought” (Pemimpin sejati tidak boleh dibeli).
TMJ memuatnaik kemas kini di Instagram Story baginda hari iniTerbaharu, menerusi satu kenyataan di Facebook, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata, kestabilan dan kehidupan rakyat adalah keutamaan dan bukan kepentingan peribadi.

Sebelum ini, Sultan Johor antara yang lantang memberi amaran kepada mana-mana individu yang cuba menjatuhkan kerajaan Negeri sedia ada.

Baginda bertitah tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri, selain tidak akan melayan permainan politik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang terus bertelagah sampai mengganggu negeri dan kerajaan.

Raja-Raja Melayu telah bersidang beberapa kali sejak tahun lalu berikutan kemelut politik dan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Pada 28 Februari 2020, satu mesyuarat khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan Bersatu keluar daripada PH.

Lebih setahun selepas itu, situasi hampir sama berlaku lagi berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan Ahli Dewan Rakyat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin beliau.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, dan melantik beliau sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Majlis Raja-Raja Melayu bersidang pilih PM

istana-negara-1-1.jpg

Istana Negara menjadi tumpuan ramai hari ini kerana Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dijangka akan membincangkan tentang pemilihan calon Perdana Menteri ke-9.

Ia susulan semua Ahli Parlimen telah menyerahkan surat akaun bersumpah (SD) kepada Istana Negara mengenai calon Perdana Menteri yang mereka sokong pada 18 Ogos 2021.

Semalam Yang di-Pertuan Agong dilaporkan berkenan menerima menghadap ahli Parlimen dari parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berdasarkan Perlembagaan, Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah akan melantik calon yang berjaya membuktikan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Mendung di kala raja-raja bersidang, Istana Negara ulangi pendirian 18 Ogos

May be an image of one or more people, people sitting and indoor

Hujan lebat menyambut pertemuan khas Raja-Raja Melayu hari ini, di tengah pencarian perdana menteri baru Malaysia.

Persidangan itu – yang bukanlah syarat diperlukan oleh Perlembagaan dalam penentuan perdana menteri – dijadualkan bermula jam 2.30pm.

Setakat jam tiga petang tadi, Sultan Kedah, Selangor, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan telah tiba di Istana Negara.



loading...


Menurut laporan Star Online, Raja Perlis serta Sultan Johor dan Sultan Kelantan tidak hadir dalam pertemuan hari ini.

Pada kira-kira jam 11 pagi tadi, halaman Facebook Istana Negara mengimbas semula peristiwa pada 17 Ogos lalu, yang menyaksikan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap pemimpin dan wakil parti-parti politik utama negara.

“Turut hadir pada sesi menghadap ini, Ketua Setiausaha Negara, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara.

“Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap secara maya ketua-ketua dan wakil-wakil komponen-komponen parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah diadakan sebelum sesi menghadap ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama ini,” kata hantaran itu.

Kata Istana Negara, pertemuan itu diadakan ekoran peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Istana Negara berkata lagi, maklumat lanjut boleh dirujuk pada kenyataan media bertarikh 18 Ogos.

Kenyataan 18 Ogos itu merumuskan titah Agong kepada parti-parti politik, iaitu:

  • Sesiapa pun juga yang dilantik menerajui kepimpinan kerajaan Persekutuan hendaklah dipilih mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
  • Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan pada masa yang sama negara bergelut dengan isu kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.
  • Kesepakatan dan kejujuran ahli-ahli Dewan Rakyat sangat perlu bagi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
  • Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu mempamerkan solidariti dengan meneruskan ikhtiar, memberikan komitmen yang tinggi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
  • Majoriti ‘frontliners’ berada dalam keletihan kerana berhadapan ribuan pesakit Covid-19 baharu setiap hari. Bahkan, fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan.
  • Perancangan di bawah dasar sedia ada seperti pelaksanaan projek pembangunan, program menangani pandemik Covid-19, termasuk program vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok dan program pemulihan negara perlu dikekalkan.

Menurut Istana Negara, Agong bertitah secara khusus bahawa selepas dilantik, perdana menteri yang baru itu hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk membuktikan dirinya mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa Agong dan timbalannya menzahirkan pandangan bahawa semua ahli parlimen harus bersatu hati dalam menjernihkan kekusutan yang telah berlaku.

“Sebelum mengakhiri sesi menghadap semalam, Seri Paduka Baginda turut mengingatkan ketua-ketua dan wakil politik utama, demi mengharmonikan suasana, ahli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya.

“Semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan. Dalam erti kata lain, yang menang tidak menang semua, manakala yang kalah pula tidak kalah semua,” kata Istana Negara dalam kenyataan pada 18 Ogos itu.

50130de84e6ee20c37912f2ed8ee2af2-1.jpg

Sumber : Astro Awani / Kosmo Online via Trending Kini



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post