loading...
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri di dalam Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.
Jelas Noraini yang juga selaku Ketua Wanita UMNO, beliau meletak jawatan adalah kerana akur dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 3 Ogos baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK:Najib, UMNO Peroleh Kembali Aset Disita Bernilai RM114 Juta
loading...
“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.
“Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian yang banyak membantu saya menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikut di bawah adalah kenyataan penuh.
loading...
Kredit -Siakap Keli.
loading...
Post a Comment