‘Tolonglah, Berapa Lagi Kehilangan Kita Nak Tengok’- Nabila Huda
loading...

Rakan selebriti Siti Sarah, Nabila Huda mendedahkan pemergian penyanyi ini merupakan kehilangan yang besar serta memberi kesan pada orang ramai.

‘Tolonglah, Berapa Lagi Kehilangan Kita Nak Tengok’- Nabila Huda



Nabila berharap pemergian ini sebagai satu pengajaran untuk orang ramai ‘buka mata’ dan sedar tentang bahaya COVID-19.

ARTIKEL MENARIK:Kami disahkan bercerai pada Mei tahun lalu – bekas isteri Aman RA dedah status perkahwinan
loading...


“Allah Nak Tunjuk”- Nabila Huda 

Pelakon Nabila atau mesra dipanggil Abil berkata, dia berharap agar mereka yang memiliki fahaman negatif terhadap COVID-19 untuk segera sedar akan bahayanya. Abil dengan tegasnya meminta orang ramai untuk berhenti menyebarkan perkara yang negatif tentang COVID-19 dan vaksin dalam masyarakat.

Tambah Abil, sesetengah individu seperti golongan anti vaksin sering menidakkan perkara sebenar tentang COVID-19. Antaranya adalah seolah-olah penyakit ini tidak pernah wujud dan ianya direka-reka sahaja.

“Kalau masing-masing masih ada pendapat tentang COVID ini dibuat-buat taktau lah nak cakap macam mana. Maknanya anda masih hidup dalam “living in denial”.

Harap boleh berterusan hidup dalam penafian sampai suatu hari nanti, anda akan kehilangan keluarga disebabkan benda yang korang tak percaya ini. Teruskan hidup dalam penafian”, tulisnya di Instagram.


loading...


Vaksin Adalah Salah Satu Usaha 

Pada masa yang sama, Abil turut meminta orang ramai untuk mendaftarkan diri dan mendapatkan vaksin dengan segera. Katanya walaupun vaksin ini tidak berkesan secara menyeluruh, tetapi ianya dapat membantu dalam keadaan pandemik sekarang.


Foto – @kupu_kupu (Instagram)

Akuinya, jumlah kematian di negara sangat membimbangkan dan berharap orang ramai untuk mendapatkan vaksin sebagai salah satu usaha dalam membendung penularan COVID-19.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم