Tular Di TikTok! Netizen Terkejut Dan ‘Kembang Tekak’ Lihat Gadis Ini Jalani ‘Swab Test’ COVID-19
loading...

Sumpah kembang tekak lepas lihat video yang tular di TikTok. Bukan apa, seorang petugas kesihatan telah melakukan proses ujian calitan ke atas seorang wanita menggunakan alat calitan yang sama untuk hidung dan mulut.

Tular Di TikTok! Netizen Terkejut Dan ‘Kembang Tekak’ Lihat Gadis Ini Jalani ‘Swab Test’ COVID-19



Guna Alat Calitan Yang Sama!

ARTIKEL MENARIK:‘Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000’ – Ibu Tiri Ded4h Hasrat Terakhir Siti Sarah
loading...


Menerusi video pendek tersebut, seorang petugas kesihatan di sebuah ujian calitan pandu lalu pada awalnya hanya melakukan calitan ke dalam hidung.

@sheinna.sh

rasa masin 🤣🤣🤣

♬ original sound – Apa ini MISKA – Apa ini MISKA

Tetapi lain pula yang jadinya apabila alat calitan itu digunakan untuk mengambil sampel dalam mulut.

Netizen Rasa Jijik

Selepas video pendek itu tular, rata-rata netizen mula meninggalkan komen dan menyatakan rasa jijik mereka terhadap apa yang dilakukan oleh petugas kesihatan tersebut.

Ada juga yang menyatakan, pihak kesihatan mahu berjimat dengan melakukan cara sebegitu.


Foto – Facebook

“Saya buat swab test 3 kali, semua campur tapi mulut dulu baru hidung” – Netizen


Foto – TikTok

“Bukan selalu nak rasa asin-asin tu. Sendiri punya jugak dik”- Netizen.


Foto – TikTok

Ada yang menyatakan setelah berkali-kali membuat ujian calitan, mereka tidak pernah mengalami perkara sebegitu. Malah petugas kesihatan akan menyediakan dua alat calitan.


Foto – TikTok

“Teknik Dah Betul”- Pengguna TikTok

Setelah diminta oleh netizen untuk bertanyakan pada pihak bertanggungjawab, wanita tersebut mendedahkan screenshots perbualannya dengan seorang individu. Menerusi perbualan itu, individu tersebut mengatakan teknik yang dilakukan oleh petugas kesihatan itu adalah betul. Tambahnya lagi, teknik yang digunakan itu adalah untuk mengurangkan jumlah kuman mulut berpindah ke dalam hidung.


loading...




Foto – TikTok

“Jika tengok teknik staff dah betul dah puan. Ikut teknik rongga hidung adalah lebih bersih daripada rongga mulut. Pasal tu staff tersebut swab bermula daripada hidung ke mulut. Sebab kuman dekat mulut lebih banyak daripada hidung.”

Tambahnya lagi, rongga hidung mempunyai bulu yang menapis kotoran daripada udara untuk memasuki bahagian hidung. Manakala rongga mulut mempunyai lebih banyak kuman kerana pelbagai jenis makanan masuk ke dalam mulut.


Foto – TikTok

“Ikut teori pun bahagian bersih adalah rongga hidung sebab ada bulu yang menapis udara masuk. Rongga mulut bahagian yang banyak kuman sebenarnya. Dinasihatkan basuh mulut sebelum dan selepas makan. Dan digalakkan kumur-kumur setiap 2-4 jam sebab macam-macam kita masukkan dalam mulut.”

Akuinya, di pasaran terdapat dua jenis kit untuk ujian calitan COVID-19. Antaranya adalah calitan hidung dan calitan mulut. Dedah individu terbabit, berkemungkinan besar pusat kesihatan di kawasan berkenaan tidak mempunyai alat calitan yang cukup sehingga terpaksa melakukan hal sebegitu.


Foto – JOYSBIO Biotechnology

Apa-apa pun Murai MY berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak bertanggungjawab untuk tidak mengelirukan ramai orang. Agak-agak apa yang wanita itu rasa eh selepas calitan hidung masuk ke dalam mulut?


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم