loading...
Selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad mendedahkan bahawa dia telah memberikan wang belanja sebanyak Rp 200 juta (RM58,760) kepada isterinya setiap bulan.
Menurut laporan Liputan6, wang itu diberikan bagi memenuhi keperluan harian isterinya, Nagita Slavina, yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.
ARTIKEL MENARIK:“MasyaAllah Semoga Diangkat Semua Kesakitan,” – Shuib & Anak-Anak ‘Video Call’ Siti Sarah Di Hospital, Netizen Tumpang Sedih
loading...
Raffi telah mendedahkan perkara tersebut semasa bermain Truth or Dare dengan Andrey Taulany.
Jelasnya, walaupun dia memberikan jumlah sebanyak itu tetapi Nagita tidak boros dan menguruskan kewangan dengan baik.
“Dia hebat, tidak pernah menghabiskan wang itu dan menggunakan wangnya sendiri,” kata Raffi.
loading...
Tambah lagi, semua hasil pendapatan dari saluran YouTube RANS Entertainment juga diuruskan oleh isteirnya.
“Sejujurnya wang dari YouTube telah diuruskan Nagita termasuk dari adsense dan sponsor,” katanya.
Pun begitu, Raffi juga menasihati isterinya agar lebih cekap berbelanja.
Sumber: Liputan6 via Siakap Keli
loading...
Post a Comment