PETALING JAYA – Susulan mengeluarkan kenyataan sensasi mendesak agar Ebit Lew ‘membuka mulut’ menafikan segala dakwaan panas yang berlegar membabitkan dirinya ketika ini , pendakwah bebas PU Syed dikecam orang ramai.
Perkara itu dimaklumkan PU Syed atau nama lengkapnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak menerusi untaian hantaran status dalam Facebook.
ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Individu Yang Didkwa Selvdup Usahawan Kosmetik Tampil Dedah Cerita Sebenar
“Kena kecam doh ambe (saya). Tokleh (tak boleh) usik langsung. Kuat ‘back up’. Cuma ambe nak kena kabo satu benda, tentang ambe, kot terlupa, #AdeAmbeTakut (ada saya takut),” tulisnya.
Ujar juara Pencetus Ummah musim ke-3 itu lagi, dia tidak kisah dikecam kerana percaya masing-masing punya jari-jemari untuk menulis apa sahaja, namun yang berkuasa adalah Allah SWT.
“Kecamlah selagi boleh. Sebab masing-masing ada jari-jemari untuk menaip. Kelak di akhirat hanya kita dan Allah sahaja berhadapan untuk dihitung dan dihisab,” katanya.
Terdahulu, PU Syed menulis satu hantaran status panjang lebar dalam Facebook meminta agar Ebit berhenti mendiamkan diri dan melakukan sesuatu terhadap segala fitnah dan dakwaan dilemparkan kepadanya.
“Pendedahan demi pendedahan yang berani telah dibuat terhadap UEL (Ustaz Ebit Lew). Maka, saya minta UEL agar tampil ke hadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yang anda anggap sebagai fitnah.
“Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, masyarakat khasnya followers (pengikut) anda perlu diberi pencerahan setuntasnya (tentang isu ‘panas’ yang sedang terpalit ini),” tulisnya.
HANTARAN status PU Syed dalam Facebook yang mendapat kecaman penyokong-penyokong Ustaz Ebit Lew.
PU Syed berkata, dia sebolehnya enggan mempercayai segala fitnah yang dilemparkan kepada Ebit namun apabila semakin ramai mangsa tampil ke hadapan melakukan laporan polis dan sebagainya, kepercayaannya semakin mengendur.
“Ada beberapa video yang saya dapat daripada hamba Allah namun saya terus memadamnya serta memadam nombor (telefon) orang yang menyalurkan video tersebut kerana saya masih bersangka baik bahawa semuanya adalah penipuan.
“Namun apabila semakin ramai para asatizah muncul mendakwa perkara yang serupa dan disokong dengan laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh ‘mangsa’, maka sangka baik saya semakin mengendur. Saya berharap isu ini dapat diadili dengan sebaik-baiknya serta membongkar kisah sebenar.
“Biarlah kita diadili di dunia, jangan nanti di akhirat kita akan merana. Pintu dan ruang taubat masih terbuka luas buat kita semua. Namun kemaksiatan dan kebiadaban perlu dibanteras agar tidak menular dalam kalangan masyarakat, apatah lagi jika muncul dari orang yang dihormati masyarakat,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran status sama, PU Syed, 39, menasihatkan agar masyarakat tidak bersikap taksub terhadap seseorang hanya kerana kebaikan yang dipertontonkan.
“Setiap kebaikan pasti akan dikenang, namun janganlah menggunakan kebaikan itu untuk menutup kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
“Taksub pengikut juga adalah satu barah, taksub kepada kebaikan suatu yang dipuji syarak tetapi jika taksub secara melulu sehingga tidak nampak langsung bu.ruk yang sedang ditampal adalah sesuatu yang mendukacitakan,” luahnya.
Terdahulu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi siaran Telegramnya mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan luc4h yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew.
Menurut Firdaus, pendedahan itu dibuat berdasarkan kiriman serta permintaan daripada mangsa sebagai memberi kesedaran kepada masyarakat dan mengalakkan mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Difahamkan, semua bukti tersebut telah pun diserahkan kepada pihak polis.
Firdaus berkata, dia dan pasukannya sedia berdepan dengan tindakan saman sekiranya terdapat pihak tertentu ingin mengambil tindakan undang-undang.
Jelasnya, mereka akan tetap bersama dengan mangsa-mangsa untuk mendapatkan keadilan serta memperjuangkan kebenaran.
20 Ogos lalu, siasatan ke atas Ebit Lew dilakukan berikutan aduan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan g4ngguan seksu4l.
Polis mengesahkan menggeledah rumah pendakwah terkenal tersebut bagi melengkapkan siasatan.
Ebit mendakwa, kes berkenaan adalah satu fitn4h yang sangat kej4m dan mel4mpau.
PENGARAH JSJ Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Siasatan kes g4ngguan seksual dikaitkan dengan Ebit Lew masih diteruskan
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew.
Pengarah Jabatan Siasatan Jen4ayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual.
“Kita masih teruskan siasatan lagi,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan satu perbualan gangguan seksual yang didakwa membabitkan mngsa.
Beliau mendakwa itu antara beberapa hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri dari telefon bimbit mngsa.
“Saya merasa sedih dan geram bila mangsa menunjukkan kepada saya. Ini antara bukti yang diserahkan kepada polis.
“Perkongsian bukti-bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran ramai serta menggalakkan lebih ramai mngsa tampil membuat laporan polis,” katanya.
Trending Kini
إرسال تعليق