Adik Bekas Pengacara TV Kahwin Sejenis, PU Syed Mahu JAKIM Siasat

Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi sebuah hantaran di Instagram akui terkejut apabila mendapat kiriman tangkap layar dan mesej peribadi (DM) dari seorang pengikutnya mendedahkan perkahwinan sejenis oleh seorang wanita Melayu beragama Islam.

Adik Bekas Pengacara TV Kahwin Sejenis, PU Syed Mahu JAKIM Siasat



Haram Di Sisi Agama 


ARTIKEL MENARIK:Penerbit Filem Terkenal Kurang Senang Lihat Aksi Wanita Berpurdah Yang Viral Di TikTok


Dalam tangkap layar tersebut, tertera sekeping foto wanita itu bersama seorang wanita Inggeris memakai gaun rona putih dipercayai telah melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini di luar negara. Jelas PU Syed lagi, perkahwinan tersebut jelas haram disisi agama Islam namun dalam masa yang sama dia turut tertanya mengenai status agama wanita itu yang terkini.

“Pertamanya. Terkejut bila membaca isu ini..apabila dipercayai seorang wanita melayu islam..boleh berkahwin dengan wanita Inggeris..

“Persoalan yang timbul..

“Apakah status agamanya sekarang?

“Status perkahwinan tak perlu disoal kerana sudah nyata ianya adalah HARAM disisi agama Islam” ulasnya

Mohon Menteri Siasat 

Dalam pada itu, PU Syed turut memohon Menteri Hal Ehwal Agama, Ustaz Idris Ahmad,Timbalan Menteri nya, Datuk Marzuk Shaary serta pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiasat akan perkara ini.

“Mohon @myjakim teliti isu ini dan kena selidik apakah sebenarnya yang sedang berlaku..”

“YB Senator @ustaz.idrisahmad YB @marzuk_shaary

“El Gi Bi Ti (LGBT) Ini semakin membarah..dalam masyarakat!” tegas PU Syed


loading...


Menjengah ke ruangan komen, wanita yang dimaksudkan tampil menegur tindakan PU Syed yang dikatakan mengambil tangkap layar hantarannya tanpa keizinan.

“Awak mengambil tangkap layar daripada IG saya dan memuatnaiknya disini. Awak patut padamnya, tolong” balas wanita itu

Terdahulu, Murai.my melaporkan wanita tersebut yang merupakan adik kepada seorang bekas pengacara televisyen  mendakwa umat Islam terutamanya di Malaysia melakukan tuntutan wajib agama seperti menunaikan solat dan berpuasa adalah disebabkan faktor terpaksa. Dalam perkembangan berkaitan, perkahwinan tersebut juga merupakan majlis resepsi selepas mereka berkahwin beberapa tahun dahulu.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post