Duit tinggal RM2.80, ini ikhtiar suami bantu isteri jalani pembed4han j4ntung – “Impian saya nak ambil lesen motor”

“SAYA risau sangat, duit saya cuma tinggal RM2.80, saya perlu duit untuk bawa isteri saya ke hospital hari ni.”

Duit tinggal RM2.80, ini ikhtiar suami bantu isteri jalani pembed4han j4ntung – “Impian saya nak ambil lesen motor”



Itulah luahan hati seorang suami yang sedang kebuntuan memikirkan nasib keluarganya untuk hari-hari mendatang.

ARTIKEL MENARIK:Rakaman Lelaki Ini Kantoikan Isterinya Cvrang Dalam Rumah Secara Tak Sengaja


Mohammat Suhaimi Ishak, 26, berkata pelbagai ikhtiar dan segala macam pekerjaan telah dilakukannya demi mencari rezeki yang halal.

Kesemua barangan berharga mereka juga telah dijual, kini yang tinggal hanyalah sebuah telefon bimbit hadiah hari lahirnya baru-baru ini.

Posting Suhaimi di media sosial pada Sabtu mengiklankan telefon bimbit tersebut yang mahu dijual pada harga RM1,750.

“Sebiji Mi 10T Pro ingin dijual dengan harga RM1,750 nett, spec (spesifikasi) 8 ram 256gb, camera 108 megapixel, fast charging 33 volt, handphone cemerlang, tak ada issue baru je pakai dapat full set.

“Reason jual sebab nak pakai duit, wife nak buat operation j4ntung Isnin ni,” tulisnya di grup Facebook Bukit Sentosa/Beruntung Resident.Posting Suhaimi di Facebook.


Suhaimi yang menetap di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor berkata, isterinya, Hijjah Hamid, 28, perlu menjalani pembed4han memandangkan fungsi j4ntungnya kini hanya tinggal 20 peratus.

“Isteri saya sakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan baru-baru ni j4ntung.

“Sebelum ini kami buat check up di Hospital Selayang tapi doktor di sana cakap (fungsi) j4ntung wife saya cuma tinggal 20 peratus jadi dia dirujuk ke Pusat Perubatan UiTM di Sungai Buloh,” katanya.


loading...


Surat rujukan dari hospital.

Jelas Suhaimi, dia kini terpaksa menghantar isteri dan dua anaknya yang berusia dua dan lima tahun untuk tinggal di rumah kakaknya kerana bimbang j4ntung isterinya akan berhenti secara tiba-tiba.

Suhaimi yang bekerja di kedai bateri kereta berkata telefon bimbit yang ingin dijual adalah hadiah yang diberikan abang angkatnya sempena hari jadinya sebelum ini.

“Selagi saya hidup apa sahaja insyaAllah saya akan lakukan.

“Cuma saya risau sangat setakat ni tak ada siapa yang jawab posting saya tu, saya berharap sangat ada orang yang nak beli telefon saya sekurang-kurangnya duit tu boleh saya buat belanja isteri, anak-anak dengan isi minyak,” katanya.

Cuma saya tak ada duit langsung untuk makan minum isteri dekat hospital nanti, nak beli susu anak pun tak ada duit.
MOHAMMAT SUHAIMI ISHAK
Menurut Suhaimi, sebelum ini dia pernah menjual pelbagai barangan berharga yang lain termasuk cincin perkahwinan mereka demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

“Dulu saya ada kereta Proton Wira saya jual, motor jual, cincin kahwin jual, apa saja boleh jadi duit saya jual.

“Saya tak nak susahkan orang lain,” katanya.

Menurut Suhaimi, kos pembed4han j4ntung isterinya boleh menelan belanja sehingga RM40,000.

Katanya, dia telah membuat permohonan bantuan zakat dan kini masih menunggu kelulusan daripada pihak berkenaan.

“Cuma saya tak ada duit langsung untuk makan minum isteri dekat hospital nanti, nak beli susu anak pun tak ada duit.

“Dekat saya cuma ada RM10.80, tadi beli nasi tinggal balance RM2.80 je,” ceritanya ketika dihubungi pada Ahad.


Suhaimi menunjukkan gambar baki duitnya yang tinggal.

Kisah Suhaimi yang sebelum ini terpaksa tinggal di kedai bateri pernah tular di media sosial.

“Sebelum ni saya duduk dalam kedai bateri je dan diviralkan orang Bukit Beruntung dan Darul Jariyah (sebuah badan amal) bantu saya untuk dapatkan rumah.

“Saya malu, saya sedih sebenarnya, dah enam tahun saya hidup susah macam ni tapi saya tempuh segalanya,” luahnya.

Menurut Suhaimi, impiannya kini adalah untuk mendapatkan lesen motosikal bagi membolehkan dia menambah pendapatan dengan bekerja sebagai penghantar makanan pada waktu lapang.

“Saya tak ada lesen tapi saya terpaksa bawa motor untuk pergi kerja.

“Saya dah berapa kali kena saman, saya tak pernah lari kalau ada sekatan jalanraya, tapi saya memang tak mampu nak ambil lesen.

“Itu memang impian saya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Suhaimi di talian 017-272 8451.


Kredit -Trending Kini

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم