KUALA LUMPUR: Kedah dan Johor masih belum dapat beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana dikhuatiri kelonggaran yang bakal diberikan itu akan membuka ruang kepada kebenaran perjalanan secara besar-besaran.
Namun begitu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melihat ke hadapan, kedua-dua negeri itu akan beralih ke fasa seterusnya dalam masa terdekat, ketika negara memasuki fasa endemik.
ARTIKEL MENARIK:‘Adik Prgi DuIu Mak..’ Budak 11 Tahun Ditemukn Iema$ Terjtuh Sungai Ktika Bmain.
“Melihat ke hadapan dengan fasa PPN, sekarang hanya dua negeri sahaja yang masih dalam fasa pertama iaitu Kedah dan Johor, (namun) dalam masa terdekat mereka akan beralih ke fasa-fasa lain.
“Tapi apa yang penting, kita tidak mahu kelonggaran itu membenarkan perjalanan besar-besaran dari destinasi yang berisiko dimana mereka membawa jangkitan COVID-19 ke kawasan yang tiada risiko langsung,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Isnin.
Justeru itu, Hishammuddin berkata, setiap langkah yang diambil kerajaan akan dilakukan dengan berhati-hati.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan, kadar penggunaan katil di hospital termasuk di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang masih tinggi, adalah antara faktor Kedah dan Johor masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kadar vaksinasi di kedua-dua negeri itu berada pada tahap yang baik.
Buat masa ini negeri-negeri yang diletakkan di bawah Fasa Satu PPN ialah Kedah dan Johor, Fasa Dua (Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Sabah), Fasa Tiga (Perlis, Negeri Sembilan, Sarawak) dan Fasa Empat ialah Labuan.
Sumber : Astro Awani via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment