Lelaki Yang Dikatakan Tolong Sajat Lari Ke Thailand Tampil Buat Kenyataan

Seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bagi menafikan dakwaan dia terbabit dengan kegiatan menyeludup keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat menggunakan laluan kereta api di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Lelaki Yang Dikatakan Tolong Sajat Lari Ke Thailand Tampil Buat Kenyataan



Wan Azhar Harun, 51, yang bekerja sebagai penternak lembu itu tampil ditemani peguam, Zuhair Ahmad Zakuan kira-kira 1 tengah hari sebelum keluar 39 minit kemudian.

ARTIKEL MENARIK:[Terkini]Pegu4m Ini Jelaskan Sejauh Mana Saajat DiIindungi Di Bawah UNHCR.



LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Zuhair yang ditemui pemberita berkata, tujuan anak guamnya tampil di IPD Kangar adalah untuk melakukan penafian.

“Anak guam saya datang ke sini untuk membuat penafian terhadap dakwaan aktiviti penyeludupan individu yang bernama Nur Sajat yang ditularkan dan dilaporkan dalam media pada waktu ini.

“Anak guam saya tidak terbabit sama sekali dalam hal ini dan tiada arahan tangkapan di keluarkan polis untuk menangkap anak guam saya,” katanya ketika ditemui di luar IPD Kangar di sini, hari ini.


Katanya, pihaknya bagaimanapun tidak membuat laporan polis ketika hadir melakukan penafian berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superitendan Mohd Anuar Jusoh mengesahkan penafian yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Nama Individu Yang Tolong Sajat Keluar Dari Malaysia Ke Thailand Didedahkan


Pengkhianat negara. Itu gelaran layak diberikan kepada lelaki dikenali sebagai Wan Besi yang bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bangkok, Thailand.


loading...


Sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa hasil siasatan baharu dilakukan pihak berkuasa mendapati Wan Besi adalah dalang atau watak utama pembolosan Nur Sajat dari Malaysia ke Thailand.

Memperincikan maklumat terkini hasil siasatan itu selepas pendedahan eksklusif Harian Metro sejak Isnin lalu, sumber memaklumkan, terdapat individu tertentu iaitu seorang lelaki yang juga berkaitan dengan Wan Besi membawa Nur Sajat dengan menaiki kenderaan memulakan perjalanan dari banglonya di Petaling Jaya pada minggu pertama Mac lalu.

“Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menyeludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara.

“Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok,” katanya.

Ditanya kos perbelanjaan sebenar untuk membawa keluar Nur Sajat dari Malaysia, sumber itu memaklumkan, RM20,000 dikenakan Wan Besi kepada usahawan kosmetik itu untuk membawanya keluar dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Bangkok.

LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

“Wang ini dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersubahat dengannya,” katanya yang mendedahkan maklumat terkini siasatan dilakukan pihak berkuasa bagaimana Nur Sajat boleh lolos dengan mudah ke negara gajah putih itu.

Menurutnya, pihaknya juga percaya ada bayaran lain yang dikenakan kumpulan itu untuk membawa Nur Sajat dari Lembah Klang ke Padang Besar, Perlis dan siasatan sedang dilakukan mengenainya.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, Wan Besi sememangnya aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Padang Besar, Perlis dan menjadikan laluan utama penyeludupan keluarnya adalah di kawasan KTMB.

Katanya, Wan Besi pernah ditahan tiga kali oleh polis membabitkan kes penyeludupan ketum dan terbaharu kes tembakan di sempadan yang menyebabkan kematian anggota Pasukan Gerakan Am.

“Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara. Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia.

“Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugutan bunuh dan lain-lain ugutan di Malaysia,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pendedahan eksklusif Harian Metro semalam turut mendedahkan bahawa Nur Sajat kini dikenali dengan nama Bella selain ‘berlagak’ dengan kad pelarian UNHCR yang dikeluarkan pejabat badan itu di Bangkok.

Lakaran grafik bagaimana sajat lolos ke Thailand.

Untuk rekod, Nur Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita ketika serbuan pihak imigresen pada jam 6 petang waktu Thailand.

Pada 9 September lalu, atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun dia dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.

Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.

Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya berkenaan sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.

Sumber : HMETRO ONLINE via Trending Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post