Siapa sangka, majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung dengan suasana yang meriah akhirnya bertukar menjadi kecoh apabila pengantin lelaki ditendang bakal bapa mentuanya.
Tiba-tiba pak mentua sepak menantu
ARTIKEL MENARIK:Lelaki ‘kahwini’ periuk nasi. Ini reaksi netizan
Menurut laporan yang dipetik daripada Tribunnews, insiden memalukan ini berlaku di Kota Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Pada awalnya, majlis akad nikah berjalan lancar dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pasangan pengantin. Malah, penghulu yang mengetuai acara akad nikah juga sudah mula memimpin ijab kabul pasangan ini.
Setelah itu, tiba pula giliran bapa pengantin perempuan membacakan istigfar dan syahadat. Namun secara tiba-tiba bapa pengantin perempuan mengucapkan sesuatu dipercayai nama haiwan dalam dialek Bima. Tindakan lelaki itu membuatkan ahli keluarga pengantin lelaki tersinggung.
Apa lagi masalahnya ni. Hormatilah kami sebagai keluarganya. Tidak elok masalah ini didengari.
Punca sebab lewat datang nikah
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan bapa pengantin perempuan bangun dan menyepak pengantin lelaki hingga terkena wajahnya. Tidak cukup itu, dia sekali lagi mahu menyerang menantunya, namun berjaya dileraikan orang ramai. Menurut sumber, acara akad nikah tersebut telah dibatalkan sebelum diteruskan semula menerusi panggilan telefon sahaja.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada 14 Ogos lalu namun video tersebut baru sahaja diviralkan. Pihak pengantin lelaki juga telah membuat laporan polis dan kejadian itu dipercayai berlaku kerana bapa pengantin perempuan tidak berpuas hati dengan kelewatan bakal menantunya ke acara akad nikah. Majlis akad nikah pasangan tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi tetapi pengantin lelaki dikatakan tiba di majlis pada jam 4 petang. Bukan itu sahaja, pasangan pengantin ini juga dipercayai tidak tinggal serumah.
Video
Sumber: Tribunnews Via OB via Trending Kini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
إرسال تعليق