Pengasuh Beritahu Bapa Bayi 7 Bulan Terjatuh Dari Baby Walker. Ketua Polis Perak Dedahkan Apa Sebenar Yang Berlaku

Polis menahan seorang pengasuh selepas disyaki mende.ra dan cuba membu.nuh bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan di sini, hari ini.

Pengasuh Beritahu Bapa Bayi 7 Bulan Terjatuh Dari Baby Walker. Ketua Polis Perak Dedahkan Apa Sebenar Yang Berlaku



Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima satu laporan daripada bapa bayi berkenaan pada jam kira-kira 3.03 pagi ini.

ARTIKEL MENARIK:“Okay Dah Boleh Kemas Baju”. Menteri Kanan Bagitahu Bila Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri


Katanya, pada jam 7.10 pagi Rabu lalu mangsa dihantar oleh bapa kandung ke rumah pengasuh iaitu wanita berusia 22 tahun dalam keadaan sihat dan baik.

“Bapa mangsa dihubungi oleh pengasuh berkenaan pada jam 2.35 petang hari berkenaan supaya mengambil anaknya kerana mangsa dikatakan terjatuh dari ‘baby walker’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, setibanya di rumah pengasuh terbabit bapa mangsa mendapati kepala anaknya terdapat kesan beng.kak.

“Bapa mangsa kemudiannya bertanyakan punca kece.deraan anaknya dan dimaklumkan oleh pengasuh bahawa mangsa jatuh ketika didukung.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati mengalami pendara.han di kepala dan tempurung kepala mangsa re.tak.


loading...


Mangsa berada di dalam keadaan tidak sedar dan krit.ikal,” katanya.

Beliau berkata, suspek wanita warga tempatan itu ditahan dan siasatan awal mendapati suspek dikatakan menghem.pas kepala mangsa sebanyak dua kali ke lantai kerana ma.rah selepas bayi itu tidak berhenti menangis.

“Suspek berhenti melakukan perbuatan itu selepas menyedari mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membu.nuh.

Sumber : HMETRO ONLINE Trending Kini



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم